Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia yang mana rata rata pada awal pengenalan konsep 1 Malaysia ini oranag ramai keliru dengan konsep ini. Apakah maksud 1 malaysia ini?. Pengertian 1 Malaysia adalah sesuatu yang sangat subjektif sebab itu ramai yang masih keliru dan kerajaan berterusan menerangkan pengertian konsep 1 malaysia kepada rakyat secara berterusan sehingga hari ini.
Maksud 1 Malaysia
1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyatMalaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.
Dalam erti kata lain 1 Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Pengertian ini adalah berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila rakyat nya bersatu padu.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum diMalaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
Itulah maksud 1 malaysia seperti yang tedapat dalam buku pengenalan 1 malaysia yang di edarkan oleh kerajaan. Konsep 1 Malaysia bukanlah mewujudkan bangsa Malaysia yang baru dengan menghapuskan identiti setiap kaum tetapi semua kaum bersatu padu untuk bersama sama memajukan Malaysia. Melayu masih melayu dan cina masih cina dan india juga kekal india. Kad pengenalan kita masih mengekalkan identiti kaum kita. Tidak wujud satu bangsa baru yang mana di pelopori oleh sesetengah pihak sebagai modal politik.
Kalau mengikut sejarah asal Malaysia adalah Tanah Melayu sebelum ditukar namanya. Ada sesetengah pihak dah tak mahu terima sejarah pasal Malaysia ini dan mereka selalu kata “past is past”. Walaupun 1 malaysia ini diperkenalkan, kita tetap Melayu.
Incoming search terms:
- maksud 1 malaysia
- maksud satu malaysia
- 1 malaysia
- maksud gagasan 1 malaysia
- maksud konsep 1 malaysia
- definisi 1 malaysia
- konsep 1 malaysia
- definisi satu malaysia
- maksud 1malaysia
- pengertian 1 malaysia


