Setelah di panggil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memberi penjelasan berkaitan isu mempromosi resepi khinzir dalam ruangan Ramadhan Delights di akhbar The Star maka mereka telah memohon maaf pada 12 Ogos 2011 dalan akhbar mereka. Namun permohonan maaf tersebut hanyalah dalam ruangan yang kecil sahaja walhal isu yang timbul adalah sangat besar yang berkaitan dengan isu sensitif agama Islam, agama rasmi negara Malaysia.
Bagi saya permohonan maaf yang sebegitu adalah tidak mencukupi dan tidak langsung menghormati permintaan umat Islam. Sepatutnya permohonan maaf berhubung isu wajib dilakukan dengan lebih publisiti. Mereka perlu tampil secara terbuka untuk memohon maaf di seperti di televisyen dan juga radio. Wakil mereka hendaklah tampil dan bercakap berhubung isu ini.
Selain itu juga permohonan maaf tersebut juga perlu di keluarkan dalam semua surat khabar utama di Malaysia yang sering di baca oleh orang Islam. Mereka perlu ambil satu slot di setiap akhbar untuk lakukan permohonan maaf ini. Bukan sekadar membuat permohonan maaf di akhbar the star sahaja.
Sebab apa mereka perlu lakukan demikian?
Inilah langkah terbaik sebagai pengajaran supaya mereka lebih sensitif dalam isu ini. Selain itu juga supaya tiada lagi persendaaan ataupun kesilapan seperti ini di ulang lagi. Dengan permohonan maaf yang lebih meluas dan semua umat Islam tahu, maka mereka akan lebih berhati-hati selepas ini. Editor mereka mestilah lebih berhati-hati sebelum meluluskan sebarang penulisan dalam akhbar mereka.
Saya harap tiada lagi isu yang ingin mempersendakan agama Islam seperti ini selepas ini, kalau ada juga memang sengaja nak cari pasal. Harap KDN tetapkan prosuder yang lebih ketat untuk pihak yang melakukan kesalahan seperti ini.
Incoming search terms:
- contoh surat rasmi rasmi memohon maaf sebab mempersendakan orang

