Akibat Memakai Jersey MU di Perlawanan Liverpool Vs Malaysia 2011

Inilah antara apa yang berlaku selain Malaysia kalah kepada Liverpool 6-3 ketika di stadium pada perlawanan jelajah Asia oleh Liverpool 2011. Hanya kerana memakai jersey Manchester United (Rooney 10) seorang penonton yang datang bersama kawan-kawannya di suruh untuk membuang baju tersebut kerana dia bukan penyokong Liverpool. Semua orang meminta supaya di buka baju tersebut dan di gantikan dengan baju lain. Tengok dalam gambar tu sampai di tarik-tarik baju member untuk di suruh buang. Apa benda la diaorang nie. Buat malu jer…

Bayangkan di kelilingi oleh penyokong yang ramai dan di provok untuk memuaskan hati para peminat Liverpool yang fanatik. Kesian member tu, malu muka tak tahu nak letak mana, akhirnya terpaksa beredar daripada situ. Saya pasti ini bukanlah sikap semua penyokong Liverpool ketika itu di mana kita boleh lihat reaksi penonton ada yang tak bersetuju dengan tindakan beberapa orang penyokong yang membuat provokasi tersebut.

Melihat apa yang berlaku daripada kejadian ini apa yang terfikir di fikiran saya adalah, adakah ini sikap orang Malaysia atau adakah ini sikap penyokong Liverpool. Sangat memalukan bagi saya apabila perkara ini berlaku. Menjatuhkan aib seseorang dihadapan khalayak ramai hanya kerana sehelai jersey. Inilah dikatakan membesarkan perkara yang kecil. Benda yang kecil macam tu boleh jadi isu, salahkah kita untuk memakai baju yang kita suka.

Nampaknya rakyat Malaysia masih tidak boleh menjadikan bolasepak sebagai hiburan melalui aktiviti sukan ataupun sebagai satu budaya untuk berhibur bersama. Sikap segelintir orang yang suka buat provokasi yang macam ni akan memberi kesan buruk pada masyarakat kita secara keseluruhannya. Dimana sikap tolak ansur dan toleransi kita yang kita banggakan. MU dan Liverpool hanyalah bersaing dalam sukan bola sepak secara sihat dan bukannya untuk melahirkan penyokong-penyokong yang suka bersikap terlalu taksub dan fanatik yang keterlaluan seperti dalam kejadian ini.

Kalau ini sikap rakyat Malaysia maka lepas ini berhati-hatilah untuk memakai baju yang betul untuk menonton perlawanan bola sepak. Jangan memakai jersey pihak lawan ketika perlawanan yang macam nie. 

Bintang Manchester United, Rooney memuji budak tersebut sebagi seorang lagenda kerana berani memakai baju MU di laman twitter beliau. Rooney kat sana pon tahu kes nie. Kalau MU datang kat Malaysia lepas nie, mungkin budak tu akan glamour habis.

Incoming search terms:

  • budak perempuan pakai jersey malaysia
  • jersey bola budak