Blog Hina Islam – Pandangan Saya

 

 

Sejak berita tentang wujudnya blog hina Islam, saya terpanggil untuk bagi sedikit pandangan. Memang boleh di katakan sangat biadap dan tiada langsung rasa hormat pada agama Islam. Kita tak tahu siapa dalang blog yang menghina agama Islam tersebut. Apa yang di perkatakan dan apa yang di hina. Macam-macam di hina berkenaan Allah S.W.T dan juga Nabi Muhammad S.A.W. Orang Islam tentu rasa sedih dan marah jika agama mereka di hina. Sebab itu Allah melarang umat Islam menghina agama-agama lain sebab akan memberi kemarahan kepada orang lain. Orang agama lain pon akan rasa marah apabila agama mereka di hina. Betul tak.

Blog yang menghina Islam itu juga di katakan bukan sahaja menghina Islam melalui artikel-artikel yang yang berunsur provokatif malah menghina Islam melalui gambar-gambar yang di edit. Penggunaan seperti gambar Kaabah dan di tambah dengan pelbagai objek tak perlu saya jelaskan di sini. Selain itu juga memberi gelaran yang buruk dan bukan-bukan kepada Allah dan Nabi. Ini sesuatu yang amat tidak baik bagi umat Islam.

Kenapa saya tak letakkan url blog hina Islam tersebut di sini?

Memang saya tak akan letakkan di blog ini, kerana pada pandangan peribadi saya tidak elok pada kita untuk sebarkan blog tersebut. Dengan cara meletakkan url blog tersebut akan memberikan marketing percuma kepada blog tersebut. Saya lihat ada di antara daripada kita meletakkan url blog yang menghina islam tersebut di blog mereka. Bila letak url blog tersebut dalam blog anda, jika blog anda mempunyai ramai pelawat, maka ini akan memberi kelebihan kepada blog yang suka hina Islam tersebut. Secara tak langsung pelawat blog anda akan pergi ke blog tersebut dan akan membuat kan pemilik blog yang hina Islam tersebut akan tersenyum lebar kerana dia sudah mendapat pengunjung yang ramai. Hari demi hari trafik pelawat ke blognya semakin hari semakin meningkat hasil daripada kita letakkan dalam blog kita. Kita secara tak langsung terlibat dalam hal ini . Ini lah yang saya nampak pada hemat saya.

Selain itu juga blog yang sering hina Islam juga sering mendapat liputan meluas di media. Di televisyen di letakkan pada berita utama, semua orang tgok tv. Kalau dekat tv dah ada, kat suratkhabar tentu berita yang sama, kat radio lagi. Ini akan bagi lagi kelebihan kepada blog tersebut. Semakin banyak orang akan mencari blog tersebut sama ada orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri. Free jer blog tersebut dapat populariti. Saya rasa ini tindakan yang sangat tak bagus pada pandangan saya.

Tindakan Awal Perlu Di ambil Secara Tertutup.

Untuk tidak memberikan populariti secara percuma kepada blog yang suka hina agama ini lebih baik rasanya pihak berkuasa ke hadapan dalam menyelesaikan masalah ini. Perlu sentiasa membuat pemantauan di internet dan mengesan penyebaran maklumat tersebut lebih awal. Block semua blog-blog yang hina Islam daripada boleh di akses daripada Malaysia. Perkara-perkara tersebut biarlah ia menjadi suatu rahsia kerajaan dan tidak di sebarkan kepada awam. Jika di hebohkan kepada satu Malaysia saya takut ia akan memberi idea kepada orang lain pula untuk menghina Islam dengan pelbagai cara dan taktik serta kreativiti mereka. Saya berharap sangat pihak kerajaan boleh menyelesaikan masalah ini tanpa orang ramai tahu, biar pihak berkuasa tahu terlebih dahulu maklumat tersebut daripada orang awam yang melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kita boleh bercerita mengenai blog yang menghina islam tersebut di tv atau di blog tetapi url website tersebut tak perlu lah di beritahu kepada orang ramai. Saya tak nak blog tersebut dapat pelawat yang ramai hasil sumbangan daripada orang Islam yang menyebarkan url website mereka. Cuba fikir…

Ini hanyalah pandangan peribadi saya…sekian.