Cukai 6 Peratus Untuk Beli Topup

Aduh…susah la macam nie…lepas nie nak kena cukai 6 peratus untuk beli topup. Kalau topup RM 10 kena bayar RM 10.60 di sebabkan cukai perkhidmatan sebanyak RM 0.60. Sekarang nie kalaukita topup RM 10 bayar RM 10 kan, tapi lepas ni dah tak dapat lagi kena sediakan 60 sen tambahan. Bayar jer topup macam membayar cukai.

cukai 6%

Syarikat-syarikat telekomunikasi bersetuju untuk mengenakan pengenalan cukai enam peratus untuk topup kad pra bayar berkuatkuasa 15 September ini. Kenapa nak kenakan cukai lagi???

Info berkaitan

Cukai perkhidmatan itu adalah cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memperuntukkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar semasa untuk perkhidmatan telekomunikasi termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Cukai itu sama dengan levi cukai perkhidmatan bagi pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. Utusan Online.

Untung ratus ratus juta pun tak cukup lagi ker. Kasihanilah kami yang setia untuk untuk bercakap dan sms di telefon setiap hari. Habis kredit jer terus topup tanpa melengahkan masa. Kita guna prepaid sebab kita tak mampu nak bayar line setiap bulan, kadang kadang kita bukan guna banyak sangat pon kredit tu.

Telefon pada masa sekarang dah jadi suatu keperluan untuk semua orang. Berapa kerat jer orang yang tak guna telefon bimbit sekarang nie. Boleh kata semua orang dah ada. Minta tolong kepada syarikat telekomunikasi kat Malaysia nie jangalah ambil kesempatan tersebut untuk kenakan cukai tambahan lagi. Cukuplah dengan caj dan kadar yang sedia ada. Itu pun  mereka dah untung gila babi. Kadang kadang kan, kalau kita telefon orang tak angkat dan mesin yang jawab, terus jer caj 30 sen…macam tu pun kena caj kan…banyak jugak tu kalau nak kira untuk sms.

Persatuan Pengguna dah komplen dan buat bantahan supaya cukai 6 % ini tidak dilaksanakan dan mereka minta kerajaan tolong kaji balik cukai ini. Kalau kita nak boikot boleh ker. Susah la..nak boikot macam mana, tak payah guna telefon la citer dia. Takde telefon susah la hidup kita kan. Kerajaan tolong pertimbang balik cukai 6 peratus ini, rakyat masih banyak yang susah, pendapatan rendah, gaji tak naik, tetapi harga barang naik, sekarang nie harga topup naik pulak. Apa citer nie…cukup la cukai cukai yang sedia ada.

Kita mohon kepada kerajaan mengambil keputusan yang terbaik dan mengambil kira kedua dua belah pihak , namun kita nak kerajaan berpegang kepada “Rakyat Didahulukan” bukan keuntungan syarikat didahulukan.