Baru 2 hari puasa ramadhan, peneroka felda dah heboh mereka akan dapat duit raya daripada kerajaan sempena sambutan hari raya aidilfitri pada tahun ini. Felda memperuntukkan RM 42.6 juta kepada peneroka untuk duit raya sempena Aidilfitri ini. Ia sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap pembangunan Felda, selain membantu belanja persiapan hari lebaran.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan medianya. Agihan duit raya itu terbahagi kepada dua kategori – peneroka bersama Felda dan peneroka tidak bersama Felda. 100 ribu 357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda bakal terima RM 400 seorang, manakala 12 ribu 278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama menerima RM 200 seorang.
Untungnya jadi peneroka felda dan anak2 feldakan…tahun lepas dapat, tahun nie pon dapat jugak. Rezeki mereka kan. Terima kasih kepada kerajaan kerana pemberian sumbangan ini. Rata-rata warga felda sangat teruja dengan berita ini. Mereka juga harap sumbangan ini akan berterusan. Para petani dan nelayan takde siapa pun nak bagi duit raya. Kasihan mereka. Harap-harap ada juga orang yang bersimpati dengan nasib mereka berbanting tulang 4 kerat setiap hari untuk menyediakan beras dan ikan untuk rakyat Malaysia. Saya pun nak juga duit raya..hehehe..
Gambar www.malaysianinsider.com


