Gambar Hari Raya Berlatarkan Gereja dan Lambang Salib

Gambar Hari Raya Berlatarkan Gereja dan Lambang Salib

Kisah ini berlaku di Kelantan apabila sempena hari raya aidilfitri baru baru ini, sebuah keluarga ke kedai gambar untuk mengambil gambar bersama keluarga sempena hari raya ini. Namun setelah siap di cuci di dapati gambar tersebut berlatar belakangkan gambar di gereja dan ada lambang salib. Keseronokan untuk simpan gambar tersebut dah hilang bila tengok background yang macam tu.

Sengaja atau tak sengaja atau sedar tak sedar???

Pemilik kedai gambar..hurmm..sengaja atau tak sengaja letak imej background yang macam tu. Kalau dah hari raya tentulah orang Islam yang akan ke kedai nak ambil gambar bersama keluarga, kenapa letak background kat gereja pulak, kenapa tak letak imej dalam masjid ker. Isu ini adalah isu yang sensitif kerana ia melibatkan sentimen agama. Peranan dan tanggungjawab pemilik kedai gambar bukan sahaja untuk tangkap gambar tetapi juga perlu peka apa yang mereka sediakan kepada pelanggan.

Kalau dilihat pada gambar yang ditunjukkan sah sah memang ada 2 tanda salib di kiri dan kanan background tersebut, nampak sangat pemilik kedai gambar tak sensitif tentang hal ini. Mesti ramai lagi orang Islam yang pergi ambil gambar dekat kedai tu masa hari raya ini, dan saya harap mereka tampil untuk buat laporan polis dan kepada jabatan Agama Islam negeri. Benda nie dah tak boleh dibiarkan lagi, mempersenda agama Islam makin menjadi jadi kat Malaysia ini, kes Resepi daging babi kat paper dalam sajian Ramadhan dan juga Guru Kristian ajar anak orang Islam nanyi lagu Kristian baru sahaja berlaku, ini muncul lagi kes yang seakan sama.

Kalau beginilah yang berlaku dalam negara kita, maka nampak sangat mereka mereka ini semakin berani nak main main dan mempersendakan Agama Islam. Kita mohon pihak berkuasa tampil untuk lebih agresif untuk membuat penentangan dan kaedah pencegahan yang lebih kuat supaya tidak ada lagi perkara seperti ini akan berlaku lagi. Untuk masyarakat Islam pula, segala perkara yang berlaku mengenai kegiatan seperti ini, sila laporkan kepada pihak polis dan media dengan segera supaya semua orang tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Kepada masyarakat Islam yang nak ambil gambar masa hari raya eloklah tengok dahulu latarbelakang yang disediakan oleh kedai gambar tersebut supaya perkara macam nie tak berlaku lagi.

Gambar dari utusan online.

Incoming search terms:

  • ambil gambar raya dekat kedai gambar
  • gambar lambang salib
  • gambar salib
  • imej salib