Lagi cerita tentang agama Kristian di sebarkan kepada orang Melayu Islam. Belum reda dengan isu siasatan Jais di sebuah gereja yang menganjurkan majlis makan malam dan melibatkan orang Islam muncul lagi cerita baru. Sebuah pusat tuisyen memberikan tuisyen kepada murid murid yang kurang berkemampuan secara percuma dan disebalik tawaran itu mereka cuba memberi dakyah Kristian kepada murid murid tersebut dengan mengajar lagu lagu berunsur Kristian. Antara lagu yang diajar ialah Yes, I know Jesus loves me dan Hari ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Selain itu juga mereka juga diajar bercerita mengenai kisah Nabi Isa yang pastinya mengikut fahaman Kristian semasa dan bukan seperti kisah sebenar tentang Nabi Isa seperti di dalam Al-Quran.
Pertahankan Kalimah Allah dan Akidah Islam
Ibubapa yang ditemubual yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen tersebut memaklumkan kedua dua anaknya begitu bersemangat setiap kali ketika hendak pergi tuisyen ke situ. Mereka memaklumkan bahawa anak anak mereka kerap membawa pulang hadiah sebab menang pertandingan menyanyi. Pelajar yang memperoleh markah tertinggi di dalam kuiz akan diberikan hadiah menarik seperti dibawa berjalan-jalan, menonton wayang selain turut menerima hadiah semasa hari jadi mereka.
Mereka juga memaklumkan baru menyedari yang buku tuisyen anak anak mereka tidak pernah bertambah dan hanya menggunakan satu buku sahaja sejak anak mereka masuk ke situ. Ibu bapa lain kali tolong cek buku tuisyen anak anda sama, jangan serah seratus peratus kepada pusat tuisyen. Ini sampai tak sedar langsung apa yang anak mereka belajar, subjek apa yang di ajar pun mereka tak tahu. Ibu bapa wajib pantau anak anak mereka lebih lebih lagi tentang hal hal pelajaran.
Kenapa perkara ini boleh berlaku. Dakyah Kristian memulakan operasi mereka dengan memberikan bantuan secara percuma dalam apa jua bentuk bantuan dari segi pakaian, pendidikan, tempat tinggal dan juga wang ringgit. Dalam kes ini ibu bapa yang tak mampu di beri peluang untuk menghantar anak mereka untuk tuisyen. Secara halus mereka mengajar pelajar tersebut dengan nyanyian lagu Kristian sehinggakan mereka boleh hafal dengan jelas seperti yang di rakamkan oleh TV3 melalui buliten utama. Anak orang Islam menyanyi lagu Kristian. Memang sangat pelik dan menakutkan. Saya rasakan kita kena ajar anak anak kita hafal Al-Quran daripada kecil lagi dengan harapan dapat perlindungan Allah dari kejadian semacam ini.
Daripada kejadian ini kita mestilah sedar yang kita perlu terapkan anak anak tentang ajaran Islam dari kecil lagi dan secara berterusan. Jangan harapkan apa yang mereka belajar di sekolah sahaja, lihat bagaimana pendakyah Kristian mengambil kesempatan ini secara halus untuk terapkan ajaran Kristian dalam diri murid murid ini. Siapa yang nak dipersalahkan dalam hal ini. Dah hampir 6 tahun pusat tuisyen itu beroperasi, sekarang baru nak sedar. Bayangkan berapa ramai anak melayu muslim dah diajar dengan lagu Kristian tersebut.
Kalau di zaman Khalifah Abu Bakar orang yang murtad di perangi, tetapi sekarang kita undang undang yang ada nampaknya tak boleh nak membendung langsung. Biasa lah undang undang manusia yang berasaskan akaltidak mampu untuk mencabar undang undang yang berasaskan iman. Lihat satu contoh kes sudah tak perlu banyak, kes Lina Joy.
Apa pun kejadian ini satu pengajaran kepada kita. Kepada sesiapa yang tahu ada cubaan untuk mengkristiankan orang Islam sila lapor kepada pejabat agama negeri dengan segera. Pendakyah pendakyah ini sentiasa mencari peluang untuk sebarkan kristian kepada orang Islam melayu, dan sedarlah bahawa mereka adalah dari dalam negara kita bukan mereka datang dari luar negara untuk melakukan perkara ini. Kita harus tentang mereka habis habisan. Kepada orang Islam perkuatkan akidah kita bermula dengan diri sendiri dan juga dalam keluarga kita.
Incoming search terms:
- guru tuisyen ajar agama kristian


