Komen Komen Isu Bantuan Gereja Kepada Orang Islam

Isu bantuan gereja kepada orang Islam yang susah dan memerlukan bantuan segera masih belum reda sehingga hari ini. Terdapat banyak kritikan daripada pelbagai pihak terhadap penggunaan wang zakat dan juga fungsi bantuan Baitulmal mengenai penyaluran bantuan kewangan daripada pihak mereka. Bantuan segera yang diberikan oleh pihak gereja terpaksa diterima oleh mereka yang kesusahan kerana memerlukan wang dengan segera. Ketika isu ini di laporkan di berita harian sempat saya ambil beberapa komen daripada pembaca mengenai isu ini.

Komen Isu Bantuan Gereja Kepada Orang Islam

Kebanyakkan daripada yang memberi komen mengaitkan baitulmal dan pusat kutipan zakat. Memang ada asasnya apa yang mereka katakan. Semoga perkara ini memberi suatu perubahan baru dalam sistem bantuan dan agihan keperluan zakat kepada oarang Islam yang memerlukan. Kenapa nak bangga dengan kutipan zakat berjuta juta setiap tahun tetapi orang Islam menerima bantuan daripada orang kafir. Tak perlu lagi nak bangga dengan jumlah kutipan tetapi kita harus berbangga dengan jumlah agihan daripada kutipan tersebut.

Masih ramai lagi orang muslim di Malaysia ini yang susah, masih ada lagi yang rumah tiada api dan bekalan elektrik. Masih ada lagi rumah rumah orang Islam yang menungggu untuk tumbang esok lusa. Kalau tak percaya anda pergilah melawat di kampung kampung yang pendalaman, masih menggunakan pelita atau lilin untuk menerangkan rumah. Mereka juga menggunakan saluran air semula jadi seperti perigi dan aliran sungai untuk sumber air. Bagaimana kita boleh katakan kita masih ada duit lebihan kutipan zakat. Ini ada sesuatu yang tak kena pada sistem agihannya.

Kita memohon supaya mereka lebih agresif untuk mencari orang orang miskin yang memerlukan pertolongan. Bagaimana orang yang susah hendak pergi ke pejabat baitulmal di bandar untuk mengisi borang permohonan. Nak kena naik bas atau teksi. Bayangkan mereka duduk di pendalaman yang jauh malah mereka juga kurang pendidikan. Kita kena faham bahawa mereka ini kita perlu bantu untuk isi borang, mereka kurang pendidikan bagaimana mereka nak tahu kaedah dan saluran yang betul untuk meminta bantuan. Kita tak boleh lagi menunggu di pejabat untuk orang datang memohon, kita kena keluar mencari  orang yang memerlukan. Jangan sampai orang kafir mengambil kesempatan ini untuk membawa dakyah mereka secara halus dan terbukti mereka telah berjaya memurtadkan orang yang mereka bantu.

Incoming search terms:

  • gereja bantu orang susah
  • bagaimana untuk minta bantuan gereja
  • bantuan gereja
  • orang kafir bantu islam