Larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan larangan bacaan Al-Quran guna pembesar suara pada waktu subuh mengikut laporan berita harian 12 Ogos 2011. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengeluarkan arahan supaya semua masjid dan surau di seluruh Pulau pinang mematuhi arahan tersebut seperti didalam surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh mereka.

Arahan menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh dikatakan bercanggah dengan hukum syarak kerana boleh mengganggu orang yang berada di dalam dan di luar masjid. Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor.

Saya nak tanya apa komen anda tentang berita ini…

Belum lagi reda tentang isu bantuan kewangan gereja kepada orang Islam di Malaysia timbul lagi isu baru kali ini, di Pulau Pinang pula masjid dan surau tidak lagi di benarkan memperdengarkan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara. Isunya kenapa Majlis Fatwa pulau Pinang baru nak keluarkan fatwa yang ianya haram, sedangkan sudah lama amalan itu di amalkan bukan sahaja di negeri Pulau Pinang malah amalan memperdengarkan bacaan Al-Quran ketika subuh diamalkan di seluruh negara. Kenapa negeri lain tidak keluarkan fatwa yang sama kenapa majlis fatwa kebangsaaan tidak keluarkan fatwa yang sama. Adakah orang di negeri Pulau Pinang sahaja yang terganggu dengan bacaan Al-Quran ketika Subuh. Bagaimana dengan orang kelantan, orang kedah, orang perak tidakkah mereka terganggu.

Biasanya bacaan Al-Quran diperdengarkan sebelum masuk waktu subuh sebelum azan berkumandang. Samaada dimainkan melalui cd ataupun di baca sendiri oleh orang yang datang awal subuh ke masjid atau surau. Bukan sahaja waktu subuh diperdengarkan bacaan Al-Quran, tetapi lain-lain waktu juga sperti sebelum waktu maghrib, Asar dan juga zohor. Mungkin kadang-kadang volume pembesar suara mereka terlalu tinggi sehingga mengganggu, masalah tersebut boleh di selsesaikan dengan menegur jawatankuasa masjid dan mengadakan perbincangan dengan mereka supaya memperlahankan volume pembesar suara mereka.

Saya rasa di tempat anda juga masjid dan surau bebas untuk dengarkan bacaan Al-Quran ketika sebelum masuk waktu. Begitu juga ketika ada ustaz menyampaikan ceramah dan tazkirah, pembesar suara digunakan. Tujuannya untuk menyampaikan kepada orang yang tak datang pada majlis tersebut dengan harapan mereka dapat mengambil tahu walau satu patah perkataan yang di sampaikan.

Mula-mula dilarang perdengar bacaan Al-Quran pada waktu Subuh, kita tak tahu lepas ini apa akan berlaku, mungkin waktu lain juga akan menyusul larangan serupa. Apakah pandangan umat Islam di Pulau Pinang dan pandangan umat Islam di Malaysia. Bagaimana Pas di pulau Pinang apa pendapat anda? Surau-surau pas juga akan dilarang berbuat demikian. Saya yakin ada orang yang menerima larangan ini dengan perasaan yang begitu seronok sekali dan ada juga yang kesal dengan larangan ini.

Mereka yang suka dengan larangan ini adalah mereka yang tidak mahu tidur mereka diganggu dengan mimpi-mimpi yang enak di waktu subuh di mana ianya adalah waktu yang paling susah untuk kita bangun dan ke masjid walhal hanya 2 rakaat sahaja.Kita juga ambil maklum siapa yang memerintah Pulau Pinang dan siapa majoritinya. Anda tengok dan anda fikirlah sendiri. Malah di negeri diperintah orang Islam itu sendiri pon masih bercelaru dan kekurangan inikan pula kuasa di tangan orang bukan Islam. Marilah kita berfikir apa acuan Islam yang kita perlu pada hari ini.??

Kadang-kadang kita terlepas subuh kerana tiada siapa yang mengejutkan kita. Tapi akan ada orang yang akan kata itu hal masing-masing, kubur lain-lain. Kalau siapa ingat suatu ketika di negeri Selangor berkenaan isu azan, tetapi di pulau pinang mereka bertepuk tangan…Orang Islam bangkitlah….Majlis Fatwa kebangsaan dan negeri negeri lain tolong kaji tentang isu larangan ini…