Malaysia Lawan Arsenal-Penyokong Malaysia Bermasalah Ker?

Siri jelajah Asia oleh Arsenal telah menemukan Pasukan Antarabangsa Malaysia dengan Arsenal pada 13 Julai 2011. Malaysia telah tewas 4-0 kepada Arsenal. Seperti di tulis dan di ulas oleh media dan akhbar kekalahan itu memang tidak mengejutkan. Persembahan antara 2 pasukan memang jauh berbeza sama sekali, corak permainan arsenal yang pantas sesuai dengan taraf pasukan mereka di pentas antarabangsa.

Kalah memnag sudah kalah, tapi kenapa ada pula perkara lain yang timbul pula. Masalah penyokong yang di katakan tidak menyokong pasukan Malaysia ketika perlawan tersebut. Hampir 50000 orang terisi di stadium dengan memakai jersey Arsenal dan berapa kerat sahaja yang memakai Jersey Harimau Malaya. Adakah penyokong Malaysia sudah belot???

Sebenarnya tidak. Mereka tetap setia sebenarnya. Majoriti yang ke stadium adalah peminat fanatik Arsenal dan mereka ini hanya ingin melihat pasukan mereka bermain dengan lebih dekat. Itu sahaja. Tak timbul isu kurang patriotik atau tidak menyokong pasukan Malaysia dalam hal ini. Selepas ini kita akan melayan Liverpool, pasti senario yang sama akan berlaku. Mereka hanya datang melihat kerana minat dengan pasukan mereka.

Kalau kita lihat semasa Malaysia melawan Taiwan dalam kelayakan Olimpik yang lalu, lihat bagaimana sokongan padu rakyat Malaysia datang dengan jersey Harimau Malaya dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Jangan mudah menghukum peminat-peminat bola sepak di Malaysia hanya kerana mereka tidak menyokong pasukan Malaysia semasa perlawanan dengan pasukan yang diminati oleh mereka.

Kita juga kena faham bukan sahaja negara kita yang di datangi oleh pasukan bola sepak tersebut, malah malam tersebut juga berlangsung perlawan antara Liverpool dengan team bola sepak di negara China. China tidak menurunkan pasukan negara mereka, malah hanya meletakkan kelab bola sepak di China untuk menentang Liverpool. Tapi lihat kepada keputusannya boleh tahan, Liverpool menang tipis 4-3 dalam perlawanan tersebut. Lihat bagaimana sebuah kelab berentap dengan sebuah kelab eropah yang hebat mampu memberi persaingan sengit. Tapi kalau hantar pasukan antarabangsa China, Liverpool belum tentu menang rasanya.

Tapi itulah yang berbeza dengan negara kita, kita tak sepatutnya meletakkan pasukan antarabangsa untuk menentang pasukan Arsenal, cukup letakkan kelab di liga Malaysia untuk melayan mereka. Apabila kalah inilah yang terjadi, apa persepsi pasukan Arsenal kepada pasukan antarabangsa kita. Mungkin mereka akan akata “Macam mana nak pergi ke taraf dunia jika lawan mereka pun kalah”.

Jadi untuk menyelesaikan masalah penyokong yang tidak patriotik, jangan letakkan pasukan Kebangsaan untuk melayan kunjungan perlawanan-perlawanan seperti ini. Senang citer. Letak kelab liga sudah cukup atau pun kumpulkan pemain yang hebat dan jadikan satu team khas untuk lawan perlawanan seperti ini, kalah pun tak jadi masalah. Kalau orang nak kutuk kalau kalah pon takde masalah.

Tetap sokong pasukan Malaysia.

Gambar kredit to Utusan Online