Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu. Mahkamah memerintahkan mamat 32 tahun diletakkan dibawah pengawasan polis selama 2 tahun dan perlu melaporkan diri di balai polis Tampoi sebulan sekali.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu itu mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Afif Ali, Mamat ditahan sepasukan polis di bawah rumah flat Blok A, Jalan Pulai 84/1, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai setelah mendapat maklumat daripada seorang pengadu.
Hasil ujian air kencing yang dijalankan di pejabat Jenayah IPD Nusajaya, Mamat didapati positif dadah jenis Meth dan Thc.
Pada 13 Januari tahun lalu, Mamat pernah didenda S$1,000 (RM2,409) oleh sebuah mahkamah di Singapura kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan milik seorang rakannya. Sumber
Lagi cerita artis terlibat dengan dadah, apakah dorongan sampai mereka sanggup berbuat demikian. Dah banyak orang artis kita terlibat dengan dadah dan mereka ni tak serik serik. Perkara ini memang jelas mencalarkan imej artis itu sendiri dan memberi tempias kepada rakan rakan artis yang lain. Harap artis dapat sentiasa memberi imej yang baik kepada masyarakat.
Incoming search terms:
- kena tangkap kes jual dadah
- exist mamat kena tangkap
- mamat exist kena tangkap

