Orang Johor Hati Hati Kalau Nak Makan Ayam

Orang di sebelah Johor dingatkan supaya lebih berhati hati semasa membeli ayam kerana daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui. ”Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain,” katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bharu di Pontian, awal hari ini seperti dilaporkan berita harian.

Selain itu juga logo halal pusat penyembelihan tersebut sudah tamat tempoh dan tidak diperbaharui. Mereka juga dikatakan tidak mematuhi piawaian sembelihan secara halal dan melakukan sembelhan secara sambil lewa. Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor kerana berjaya mengsan perkara ini dan diharapkan usaha ini berterusan bukan sahaja pada musim perayaan.

Pada musim perayaan sudah tentu jumlah permintaan ayam semakin meningkat dan pusat sembelihan nak kejar kuantiti, jadi mereka dah tentu akan abaikan beberapa perkara yang telah ditetapkan. Sudah sampai masanya kita sediakan senarai antara pusat sembelihan orang Islam dengan yang bukan Islam supaya pengguna tidak lagi terpaksa menanggung risiko untuk makan makanan yang haram akibat daripada sembelihan yang tak betul dan tak mengikut syariat.

Kalau pusat sembelihan itu kepunyaan orang Islam dah tentu kita tak perlu lagi ragu ragu. Inilah peluang untuk orang Islam menceburi bidang sembelihan ayam. Ianya satu jihad sebab kita dah mudahkan pengguna Islam supaya tidak lagi was was terhadap ayam sembelihan daripada pengusaha Muslim. Kalau di Johor berlaku perkara ini, di negeri lain juga tentu juga berisiko untuk berlaku perkara yang sama , mohon penguatkuasa lakukan lebih operasi dari semasa ke semasa.