Siapa yang tengok Buletin TV3 pada 21 Ogos 2011 yang lalu. Satu berita mengenai satu Qariah surau Al-Musyrikin yang berdemo di hadapan pusat tuisyen seperti yang saya postkan pada artikel yang lepas. Baca sini Guru Tuisyen Cuba Pesong Akidah Murid Beragama Islam. Apa yang berlaku pada kali ini kalau betullah nama surau tersebut Surau Al-Musyrikin memang mereka tak patut jadi orang Islam. Siapa tok imam, ahli jawatankuasa dan juga qariah surau tersebut?
Baca yang saya kotakkan warna merah dalam gambar tu.
Qariah Surau Al-Musyrikin berdemo
Saya tak kenal Pengerusi surau Al Musyrikin sperti dalam gambar tu, mungkin orang yang dekat dekat situ lebih tahu siapa dia yang sebenarnya. Usaha berdemo untuk pertahankan Islam itu bagus tapi apabila dengar nama surau tu agak pelik untuk di dengar oleh orang Islam itu sendiri.
Apakah maksud Al Musyrikin?
Saya tak mahu ulas panjang tentang maksud perkataan Al-Musyrikin nie. Al-Musyrikin adalah sama dengan Al-Kafirun (Orang Kafir). Takkan orang Islam nak namakan diri mereka orang kafir pulak. Ini bagi saya adalah lagi satu penghinaan atau persendaan kepada Islam oleh orang Islam itu sendiri. Sayangnya orang Islam hina diri mereka sendiri. Di gelak ketawa oleh orang bukan Islam jika mereka faham apa maksud Al-Musyrikin. Adakah ahli qariah tersebut tak tahu maksud Al-Musyrikin. Nak pertahankan Islam tapi dalam masa yang sama hina diri sendiri sebagai orang Islam.
Mengenai kewujudan Surau Al-Musyrikin yang membuat demo tersebut seperti yang dilaporkan TV3, sebuah NGO Jingga 13 telah membuat laporan polis terhadap TV3 mengenai laporan berita tersebut kerana NGO tersebut mendakwa maklumat berita tersebut di reka reka setelah mereka melakukan siasatan di sekitar kariah tersebut tidak wujud sebenarnya Surau Al-Musyrikin tu. Sumber
Saya agak kesal dengan perkara ini, TV3 sepatutnya lebih faham dan sensitif untuk menyiarkan sesuatu perkara. Perkara ini terlalu mudah nampak dan jelas, takkan tak faham Al-Musyrikin. Sebagai sebuah stesen tv yang sudah lama, perkara ini tak sepatutnya berlaku. Kepada sesiapa yang nak namakan surau atau masjid selepas ini, tolong fahami maksud perkataan yang hendak di gunakan terlebih dahulu. Tengok video nie…Laporan berita pada malam tu.
Nilailah sendiri mengikut pendapat anda. Siapa yang ada dalam berita laporan tu. Yang benar tetap benar.
Incoming search terms:
- contoh nama surau
- fieka bersamamu tv3
- makna musyrikin
- nama surau di mekah dan maksudnya
- surau al musyrikin
- Tv3 hina Surau al-musyrikin



