Pendapat Tentang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011

pendapat tentang perhimpunan bersih 2011

Hari ini 10 Julai 2011 di mana kelmarin 9 julai 2011 perarakan perhimpunan Bersih 2.0 telah di adakan di Kuala Lumpur. Banyak orang telah membuat andaian dan kesimpulan tentang kesan perhimpunan bersih tersebut kepada pelbagai golongan samaada golongan peniaga, kerajaan ataupun pihak yang membuat perhimpunan bersih itu sendiri. Masing-masing mendapat tempias daripada perhimpunan bersih tersebut samaada kesan baik mahupun kesan buruk. 

Golongan perhimpunan bersih yang rata-rata adalah dikalangan parti pembangkang mengatakan mereka telah berjaya menganjurkan perhimpunan tersebut dengan jayanya walaupun gagal menghantar memorandum kepada yang di pertuan Agong di sebabkan halangan oleh pihak polis. Mereka telah berjaya menghantar mesej kepada dunia bahawa sistem pilihanraya di Malaysia masih tidak telus dan kerajaan yang ada sekarang perlu lakukan perubahan terhadap sistem pilihanraya tersebut. Berita-berita tersebut tersebar dengan pantasnya di seluruh dunia melalui internet melalui wakil media asing yang berada di Malaysia. Adakah itu yang bersih mahukan. Untuk mengatakan kepada dunia bahawa sistem pilihanraya di Malaysia masih lemah hanyalah melalui demontrasi jalanan baru dunia tahu segalanya.

Manakala pihak kerajaan Malaysia menafikan yang perhimpunan bersih tersebut berjaya malah sebaliknya mereka gagal mencapai hasrat yang diimpikan mereka di mana jumlah yang dijangkakan untuk menyertai perhimpunan tersebut tidak tercapai. Kerajaan juga menyelar sikap  mereka yang melanggar perintah yang dipertuan agong supaya mereka tidak berdemontrasi di jalanan. Golongan bersih ini dikatakan hanya ingin mencemarkan imej kerajaan di mata dunia melalui demontrasi jalanan ini. Pihak kerajaan juga telah mengatakan bahawa mereka telah berjaya megawal keadaan perhimpunan tersebut sehingga berakhir tanpa sebarang kekacauan yang teruk dengan khidmat pihak polis.

Manakala peniaga yang mana kawasan mereka terbabit dengan perhimpunan bersih tersebut mengeluh mengenai kerugian yang di alami oleh mereka. Hari sabtu adalah antara hari yang ramai pengunjung keluar untuk berbelanja, tetapi apabila berlaku perhimpunan bersih ini, jalan disekat di banyak tempat dan pengunjung tak boleh masuk sampai ke kawasan perniagaan mereka. Jadi mereka tiada pelanggan. Semua peniaga komplen rugi. Kalau buka kedai pon, peniaga lebih takut kepada perhimpunan yang ramai tersebut kerana risikonya adalah tinggi seperti akan alamai kerosakan dan sebagainya. Biasalah bila dah ramai-ramai nie, bukan semuanya baik hati, tentu saja akan ada orang yang akan ambil kesempatan dan melakukan provokasi. jadi untuk langkah selamat lebih baik tutup kedai. Esok boleh berniaga lagi. Rugi hari tu je pon.

Pengguna highway dan jalanraya mengeluh sebab sangkut di jalanan di sebabkan perhimpunan bersih ini. Ada yang ingin menziarah saudara mereka yang sakit, ada yang ingin menghadiri kenduri kahwin dan setiap orang mempunyai pelbagai urusan lagi. Kalau tengok berita kat tv, ada tempat yang sesak sehingga 20 kilometer dan terpaksa duduk dalam kereta sehingga 4 jam dan lebih. Mereka mengadu susah dan tak suka keadaan yang macam tu. Mereka juga kata puncanya ialah perhimpunan bersih tersebut. Ada memberi cadangan supaya kalau nak berdemontrasi supaya pergi ke hutan tempat yang takde orang dan dan kereta, buat la apa nak buat. Geng bersih mana mahu buat kat hutan, mana ada orang nampak. Kesan buat perhimpunan di hutan dengan di bandaraya negara adalah berbeza impaknya. Kalau buat dihutan sape yang nak ambil kisah sangat kan, tapi kalau di buat kat tengah bandaraya semua satu Malaysia tahu.

Begitu juga orang yang buat kenduri kahwin pada 9 julai 2011 di di mana jalan ke kawasan rumah atau tempat majlis kahwin tersebut terpaksa di tutup. Maka ramailah yang tak dapat hadir. Orang yang duduk jauh memang sah tak akan pergi ke Kuala Lumpur sebab tahu masalah yang akan di hadapi. Banyaklah tuan umah yang rugi, lauk pauk yang berlebihan, majlis orang tak datang, yang untung catering la, sebab dah masak kan. Mungkin hari perkahwinan mereka sangat hambar sebab kurang sambutan di sebabkan perhimpunan bersih ini. Mereka akan ingat sampai bila2.

Bagaimana pula orang yang tak terlibat langsung dengan perkara-perkara yang di senaraikan di atas, ada orang yang bertanya, apa yang geng bersih tu dapat kalau buat perhimpunan tu, bangga sangatkah mereka, atau mereka dapat seorang RM 5000 untuk berdemontrasi. Saya tak boleh menjawab persoalan yang begitu, hanya orang yang sertai perhimpunan bersih tersbut ada jawapannya. Masing-masing ada kefahaman dan pendapat masing-masing dalam sesuatu isu, lebih-lebih lagi yang membabitkan isu politik dan kenegaraan. Mereka merasakan mereka di jalan yang betul untuk melakukan perhimpunan bersih tersebut sebab itu mereka bersungguh-sungguh untuk buat semua perkara tersebut. Dan jikalau ada yang tidak setuju dengan tindakan tersebut, tentu mereka ada hujah-hujah dan pendapat mereka sendiri.

Saya amat berharap kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengambil kira sebarang ideologi supaya sentiasa menjadi bijak untuk memilih apa pun perkara dan mampu memberikan kritikan yang kritis supaya kita menjadi rakyat yang hebat. Dengan rakyat yang hebat barulah negara kita menjadi gah dan hebat. Sebab itu peri pentingnya kita menilai sesuatu perkara dari pelbagai aspek baik dan buruknya sesuatu perkara tersebut. Jadilah pemilih yang bijak. Apa yang pasti kita telah belajar sesuatu daripada perhimpunan bersih ini, jadi fikirlah pada kemampuan kita untuk berfikir apa yang perhimpunan bersih ini menyumbang kepada kita dan juga negara. Dalam kita memikirkan kepentingan di atas ideologi kita sendiri, kita juga perlu untuk memikirkan apa yang orang bertentangan dengan ideologi kita fikirkan.

Incoming search terms:

  • kesan perhimpunan bersih
  • pendapat rakyat terhadap perhimpunan bersih
  • pendapat sarjana tentang perhimpunan bersih 1
  • punca perhimpunan bersih