Skim Latihan 1Malaysia Untuk Graduan dilancar

 

Di petik daripada Berita Harian

Lagi berita baik untuk graduan lepasan universiti. Bagi yang masih menganggur dan masih tercari-cari kerja elok jika sekiranya anda join program  Skim Latihan 1 Malaysia untuk para graduan. Pengambilan fasa pertama adalah sebanyak 3000 orang untuk di tempatkan di Syarikat berkaitan GLC. Saya rasa lebih kurang macam program penempatan siswazah pernah di buat dahulu, di mana mereka akan letakkan graduan di syarikat tersebut dan bagi elaun. Kiranya macam praktikal terlebih dahulu kemudian jika bagus syarikat ambil sebagai pekerja tetap.

Jadi untuk graduan semua sentiasalah peka dengan tawaran yang ada, siapa cepat dia dapat. Sentiasa lah rebut peluang yang ada. Sentiasa ikuti isu semasa melalui surat khabar supaya anda tak terlepas iklan-iklan skim tersebut. Good Luck untuk para graduan.