Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mendisiplinkan blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan. Ini adalah kerana budaya memfitnah di alam maya ini semakin berleluasa dan makin menjadi tak terkawal.
Jika ini dibiarkan berterusan ia akan menjadi satu tanggapan kepada masyarakat seolah olah berita yang di bawa itu adalah benar, padahal ianya adalah fitnah semata mata. Kalau ini budaya yang menjadi ikutan masyarakat kita, masyarakat kita akan rosak. Mereka mudah percaya mentah mentah apa yang disiarkan.
Jadi tak hairanlah lah kalau kita dengar dah ada blogger yang kena saman fitnah dan diperintahkan untuk bayar ratus ratus ribu akibat daripada membawa berita palsu. Selepas itu berita fitnah itu disebarkan oleh blogger yang lain pula dalam blog blog mereka dan bertambahlah dosa akibat memasarkan perkara yang tak betul.
Dulu pernah ada Etika Blogger di perkenalkan, namun macam tak memberi kesan. Kali ini kita harap SKMM adakan satu kaedah bagaimana untuk nak disiplinkan para blogger kat Malaysia ini. Mungkin mengadakan undang undang yang lebih ketat untuk sesiapa yang ingin menyiarkan berita di blog. Kalau blogger yang tak menyentuh hal hal peribadi, memang tiada masalah, tapi blogger yang bermotifkan sesuatu kepentingan adalah perlu di beri kawalan dan peringatan kepada mereka. Harap selepas ini kalau boleh tiada langsung blogger yang buat fitnah nie.
Kepada pembaca pula, pandai pandai lah menilai berita berita yang disiarkan di blog. Jangan percaya membuta tuli. Tetapi kalau berita itu benar, sama ada membabitkan pemimpin kerajaan ataupun pembangkang masing masing kena terima lah. Berkata benar walau perkara itu pahit. Itu untuk kebaikan rakyat juga.
Saya menyokong perkara ini 100%.


