Tuntutan CUEPACS Pada Bajet 2012

Bajet bagi negara pada 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober 2011 ini. Rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang belanjawan negara tertunggu tunggu apakah yang yang terkandung dalam bajet 2012 pada kali ini. Antara yang menjadi tajuk utama adalah di dalam bajet adalah berkaitan dengan apakah pengumuman kerajaan pada kali ini kepada kakitangan awam. Antara dua perkara yang di tunggu tungu antara kenaikan gaji ataupun bonus tahunan, memang takde benda lain dah dalam minda.

CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam) adalah satu pihak yang bertanggung jawab untuk memperjuangkan hak hak kakitangan kerajaan di Malaysia dalam semua aspek. Jadi untuk bajet 2012 ini mereka memainkan peranan mereka sebagai pejuang kepada hak hak kakitangan kerajaan. Jadi apa tuntutan CUEPACS pada bajet 2012.

Presidennya, Datuk Omar Osman telah memaklumkan beliau telah menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri pada Jun 2011 yang lalu dan beliau mengharapkan berita yang baik berdasarkan permintaan mereka pada kali ini. 4 perkara yang dituntut oleh CUEPACS adalah:

1. Semakan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) untuk menjadi lebih baik dari segi penambahan gred, struktur gaji dan peningkatan peluang kerjaya bagi mencapai negara berpendapatan tinggi

2. Menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun

3. Pemberian bonus 2 bulan gaji kepada penjawat awam.

4. Perlaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Itulah 4 perkara tuntutan CUEPACS pada bajet 2012 untuk tahun iniKalau dilihat daripada 4 perkara tersebut, pada kali ini CUEPACS tidak meminta kenaikkan gaji sebaliknya hanya meminta bonus 2 bulan gaji kepada penjawat awam. Adakah akan tercapai pemberian bonus 2 bulan gaji ini, sama sama kita nantikan. Selain itu juga yang menjadi isu hangat pada masa sekarang adalah permintaan mereka untuk menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun. Perkara inilah yang mendapat tentangan terutama sekali daripada golongan beliau yang langsung tidak bersetuju dengan kenaikan had umur ini. Golongan belia mengatakan jika dinaikkan had umur ini maka berlambak lagi lah siswazah yang akan tanam anggur (menganggur) kerana asyik tunggu orang kerajaan pencen baru jawatan kosong akan dibuka. Selain itu juga kalau kita tengok pon, umur 58 tu pun dah ok kalau nak pencen, bukan nak buat kerja sangat pon, kalau korang kerja kerajaan korang akan tahu fenomena dan kelaku orang nak pencen nie.

Bagi saya umur persaraan 60 tahun ataupun lanjutan tempoh kerja selepas 58 tahun adalah sesuai bagi gred yang atas sahaja, seperti 50 ke atas dan juga golongan yang bertaraf profesional yang mana kepala otak mereka boleh memberi idea dan sumbangan yang bernas. Jadi kalau macam PAR tu takkan nak sambung sampai 60 tahun, better jangan sambung la, harap kerajaan pertimbang betul betul akan hal ini, biarlah orang muda pula menggantikan tempat yang kosong tersebut.

Itu hal berkaitan dengan kakitangan kerajaan dalam bajet 2012 pada kali ini. Namun ianya hanya sebahagian perkara daripada bajet tersebut. Banyak lagi perkara yang kita tunggu untuk bajet 2012 pada kali ini. Apa perancangan kerajaan untuk tahun seterusnya. Bagaimana kerajaan akan mengawal kenaikan harga barang, insentif kepada golongan yang kurang kemampuan, pembangunan kawasan luar bandar dan kajian semula mengenai bebanan cukai yang akan dikenakan kepada kita seperti cukai GST dan juga cukai cukai lain.

Harap bajet kali ini dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada semua golongan masyarakat bukan sahaja penjawat awam tetapi juga pekerja swasta dan golongan marhaen di luar sana.

Incoming search terms:

  • perancangan cuepacs