Seronok bila melihat dan dapat tahu orang bukan Islam juga berpuasa di bulan Ramadhan untuk merasai suasa berpuasa bersama-sama orang muslim di negara kita. Yb Tian Chua Parlimen Batu melalui twitter beliau menyatakan beliau bersahur, berpuasa dan berbuka puasa dengan rakan-rakan muslim beliau. Harap ini menjadi satu petunjuk yang amat baik kepada masyarakat bukan Islam untuk mendekati Islam dengan lebih dekat lagi. Saya berharap lebih ramai orang bukan Islam dapat mencontohi beliau untuk berpuasa pada bulan ramadhan. Malu kepada orang yang Islam tak berpuasa. Semoga beliau di petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam. Amin.



