Siapa dah tengok filem hantu bonceng yang ditayangkan dipawagam malaysia pada 31 Ogos 201 yang lalu. Cerita yang berunsurkan komedi itu telah mencetuskan satu isu yang berkaitan dengan agama Islam itu sendiri. Dalam satu adegan di dalam hantu bonceng, pelakon utama filem hantu bonceng zizan telah menyebut ” Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang mana jika di tafsirkan sebutan tersebut ke dalam bahasa melayu adalah bermaksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”…Jika takrifan sedemikian ia seolah olah menghina Rasulullah dengan menyamakan baginda dengan Syaitan.
Adakah itu memang skrip yang telah ditetapkan ataupun sebutan secara tak sengaja yang mana ianya boleh menyedapkan lagi jalan cerita dan adegan tersebut. Selain itu juga pihak penyuntingan dan pihak penapisan filem harap lebih peka tentang isu ini, patah lagi yang melibatkan penggunaan perkataan dalam agama Islam itu sendiri. Hero filem hantu bonceng , zizan raja lawak juga telah membuat permohonan maaf di halaman twitter beliau. Mungkin mereka tiada niat semasa menyebut perkataan tersebut, namun selepas ini harap para penggiat filem lebih teliti dalam isu isu seperti ini. Tapi nak buat macam mana dah filem ini diluluskan semasa tahap penapisan, kiranya bagi mereka tiada apa apa masalah untu filem tersebut disiarkan..
Review Filem Hantu Bonceng
Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.
Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.
Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.
Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng. Sumber
Incoming search terms:
- hantu


