Persalinan Memey Berharga RM 7.2 Juta

Memey 23 tahun dan Norman Hakim 34 tahun akan bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor kemudian dikatakan akan bersanding di Crowne Plaza Mutiara pada 28 September ini, dan dikatakan juga persalinan memey berharga RM 7.2 Juta. Uiks..kahwin dah sampai cecah juta sekarang nie, semua nak glamour kan. Dah tak main ribu-ribu. Macam mana boleh cecah Rm 7.2 juta tu. Kita tgok sikit yer…

2 persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek. RM 1  juta.

2 set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut. RM 5.6 juta

2 pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang. RM 600,000. 

Kira kesemunya ialah RM 7.2 juta. Itu baru persalinan yang dikenakan pada memey sahaja, baru baju, perhiasan dan kasut harga dah juta-juta, tak masuk benda lain-lain lagi. Tapi untunglah kan semua sponsor, tak payah kuar duit sendiri boleh buat wedding yang mewah-mewah. Itu baru sponsor persalinan, lain-lain perkara tentu akan dapat sponsor lagi. Masa nie lah diaorang nak buat marketing kat satu Malaysia. Ini tak cerita tentang persalinan Norman Hakim lagi. 

Inilah untungnya apabila dah glamour, senang dapat sponsor sebab tu ramai kat Malaysia nie terkejar-kejar nak jadi artis sama ada pelakon ataupun penyanyi. Apa pon harap perkahwinan tersebut bahagia sehingga ke anak cucu. Kita tunggu di hari perkahwinan mereka nanti.

Sumber utusun online 22 julai 2011

 

Incoming search terms:

  • memey kahwin
  • baju kahwin memey rm 7 2 juta
  • norman hakim
  • norman hakim dan memey