Gambar Beduk

Banyak orang pada zaman sekarang rasanya tak kenal apa itu beduk ataupun juga di kenali sebagai tabuh. Beduk atau Tabuh adalah sebuah gendang yang digunakan untuk menandakan masuk waktu solat di masjid atau surau di kampung pada suatu ketika dahulu. Beduk juga digunakan sebagai alat muzik didalam sesuatu upacara rasmi pada zaman dahulu.

tabuh

Gambar Beduk

Gambar tabuh

rupa tabuh

Beduk nie diperbuat daripada batang kayu, kayu apa pun saya tak tahu. Sebelah bahagian di liputi dengan kulit haiwan seperti lembu atau kerbau dan sebelah lagi di biarkan kosong. Bila nak masuk waktu jer, maka orang kat masjid pun ketuklah benda nak bagitahu azan dah nak berbunyi.

Dulu sebab mikrofon tak wujud lagi, sebab itu beduk diperlukan untuk panggil orang datang sembahyang, tapi sekarang zaman dah moden, tak perlu ketuk ketuk lagi, hanya guna mikrofon. Tapi sekarang nie dah nak pupus dah beduk nie, mujur ada masjid yang masih simpan beduk nie sebagai tatapan untuk generasi akan datang. Rasanya elok di simpan benda macam nie untuk tatapan anak anak kita pada masa hadapan, bukan senang nak cari orang untuk buat beduk nie pada masa sekarang.

Saya pon mujur terjumpa dengan beduk nie masa solat kat sebuah masjid di utara masa raya hari tu, snap 2-3 keping gambar untuk share  kat blog nie. Kalau kat pekan atau bandar memang susah nak jumpa beduk nie, kat kampung je kalau nak ada pun, tapi susah la sekarang nak nampak beduk nie. Jadi elokla saya abadikan gambar beduk nie sebagai bahan sejarah untuk tatapan pada masa hadapan.

Incoming search terms:

  • gambar beduk
  • apa itu tabuh
  • beduk itu apa
  • gambar beduk masjid
  • kumpulan gambar beduk