Kenapa Orang Kejar Pangkat Datuk

Hari ini kenapa orang tergila gilakan kepada pangkat dan kuasa. Apa yang mereka dan orang sekeliling mereka daripada pangkat yang di kejar oleh mereka. Gelaran Datuk adalah antara gelaran yang paling digilai di Malaysia pada hari ini. Hebatkah gelaran Datuk atau orang yang terima gelaran Datuk itu yang hebat.

Berfikir balik ke belakang kalau anda masih ingat beberapa tahun yang lepas heboh kes pangkat Datuk boleh di beli dengan wang ringgit dan kini muncul lagi hal yang sama kali ini kes jual gelaran “Datuk Naning“. Seorang manusia sanggup bayar RM 150,000 untuk dapat gelaran Datuk Naning seperti yang dilaporkan akhbar. Kes yang sama masih berulang sehingga hari ini. Rupanya dia ditipu dengan nilai sebanyak itu untuk mendapat satu gelaran.

Pangkat di beli atau di anugerah?

Kalau dilihat daripada apa yang berlaku, nampak sangat pangkat yang di cari adalah tidak berharga sama sekali walaupun harga yang di bayar ratusan ribu ringgit. Sesuatu anugerah yang diterima adalah sesuatu yang di beri kerana seseorang itu dianggap hebat bukan membayar untuk mendapat gelaran itu. Kalau gelaran itu di bayar hanya untuk mendapat nama dan kuasa ianya hanya berharga untuk individu itu sendiri dan juga anak pinak dan puak puaknya. Orang lain tak akan dapat manfaat daripada gelaran yang di perolehi. Tapi apa mereka peduli, janji perut penuh dahulu.

Banyak orang kejar pangkat Datuk nie supaya senang nak cari projek dan buat bisnes dan untuk sesuatu kekuasaan dan terkenal serta berpengaruh. Kalau tak, takkanlah mereka sanggup bayar dengan harga ratusan ribu untuk dapatkan sesuatu gelaran, tentunya mereka nak guna pangkat Datuk itu untuk kepentingan diri mereka. Ini adalah sesuatu budaya yang sangat tak sihat yang perlu dihapuskan di Malaysia. Pangkat nampak hebat tiada apa apa sumbangan kepada negara.

Kalau kita lihat penerima anugerah Datuk ini selalunya diberikan kepada orang yang berjasa kepada negara seperti usahawan, ahli politik malah sekarang nie dah sampai ke bidang sukan dan hiburan. Orang kat India pun boleh dapat pangkat. Tengok Shah Rukh Khan.

Apa pun gelaran kita, kita tetap manusia biasa juga di mana tempat kita seterusnya adalah di bawah ini. Kalau dapat apa gelaran dan kuasa sekalipun, jagalah gelaran itu sebaik baiknya. Pangkat Datuk tak akan dipanggil di dalam kubur.

Incoming search terms:

  • pangkat datuk
  • kelebihan pangkat dato
  • keistimewaan gelaran datuk
  • gaji gelaran datuk
  • hebat ke gelaran datuk
  • dato naning
  • apa kelebihan pangkat datuk
  • kelebihan pangkat datuk
  • kelebihan pangkat tun di malaysia
  • kepentingan gelaran datuk