Siapa tak pernah makan lagi buah naga? Buah naga nie rasa dia memang sedap, tak manis sangat dan ada biji biji hitam kat isi dia. Memang selalu makan buah naga nie, buat jus pun ok. Setahu saya buah naga nie ada dua jenis iaitu yang isi merah dan satu lagi yang isi putih, tapi kulit sama juga warna merah. Buah naga yang isi putih tu dikenali dengan nama buah naga Vietnam. Vietnam mari kot. Yang isi merah tu tak tahu pulak asal usul dia. Tapi rasa yang isi merah tu sedap lagi la.
Pokok buah naga dalam gambar tu yang family tanam kat umah di kampung, dah banyak kali keluar buah, sekali keluar dalam 5-6 biji untuk satu pokok. Tengok dalam gambar tu ada 3 biji buah naga sedang membesar. Pokok buah naga nie senang tumbuh, tapi kalau nak elok lagi kena letak baja tumbuhan lagi cepat besar. Nak tanam pokok naga nie senang sahaja, patahkan batang dia, kemudian just cucuk kat tanah. Tanah yang kat kampung kat bendang memang sangat sesuai la. Insyaallah tumbuh lah dia.
Buah Naga
Kalau anda nak tahu setiap buah naga yang terhasil bukan bermula dengan buah tetapi ia mengeluarkan bunga terlebih dahulu. Kemudian baru di susuli dengan buah naga.
Bunga Buah Naga
Dalam gambar itulah rupa bunga buah naga. Buah naga akan terhasil pada bahagian hujung pangkal dia. Bunga akan kembang sebelum dia layu. Tak sempat nak ambil gambar bunga kembang, dah layu dah bunga pun.
Buah Naga Masak
Buah naga dah masak pun. Boleh terus ambil makan. Kalau nak beli nie tak tau lah berapa harga dia sekarang nie. Mungkin dalam sebiji Rm 1 atau RM 2 macam tu, bergantung kepada orang jual tu. Kalau penjual tu tanam sendiri, memang akan dapat harga murah kalau kita beli, tapi kalau penjual tu ambil buah naga daripada orang mungkin mahal sikit harganya. Jadi kalau anda nak tanam kat rumah boleh la cuba, mana mana yang duduk kawasan perumahan tu yang tiada space nak tanam boleh guna pasu untuk tanam pokok naga nie.
Incoming search terms:
- cara tanam pokok naga
- baja untuk pokok naga
- tanaman pokok buah naga
- pokok naga
- inspirasi pokok
- pokok buah naga
- pokok naga dalam pasu
- pokok-pokok buah yg sedap
- baja buah naga
- poto tanaman buah naga





