Terbang RM 300 Kena Saman Dengan JPJ

Ermm…terbang RM 300. Apa nak di kata, dah nasib badan, nasib tak beberapa baik hari tu kot. Kena saman pulak, tak pasal pasal kena derma RM 300 dekat Jabatan Pengangkutan Jalanraya a.k.a JPJ. Mana nak cari duit nie, banyak la RM 300 tu, macam macam boleh buat. Boleh pergi shopping, jalan jalan, buat bayar hosting ke, menderma ke…huhuhu…

Surat saman JPJ

Surat saman daripada JPJ

Nampak tu surat cinta ataupun surat saman daripada geng JPJ. Kesalahan memasuki laluan NO ENTRY…huhuhu…Kisah saya kena saman nie adalah berikutan dengan post yang terdahulu..baca nie “Apa Perlu Buat Kalau Terlepas Bas“…kes nak kejar bas. Masa tu malam, tapi memang nampak masa nak masuk tu ada tanda no entry sebab laluan tu adalah laluan bas nak keluar.

Tapi itu jalan yang paling dekat dengan kaunter, tapi tak tahu pula sejak bila ada pondok JPJ kat dalam stesen bas tu. Tiba tiba datang seseorang hampiri kereta, mula mula tak nampak sebab keadaan masa tu gelap. Apabilal dah dekat baru tau, alamak JPJ, sah kena saman, dah tak boleh nak buat apa,,,nak lari dah tak sempat. Dia minta lesen dan kad pengenalan, dia suruh parking kereta, dan ambil surat saman kat pejabat mereka.

Saman tu kena bayar dalam tempoh 2 bulan, kalau tak bayar dalam tempoh 2 bulan kena naik mahkamah, kalau naik mahkamah tak boleh bayar jugak, kena blacklist lesen…nak renew dah tak boleh nanti. So walaupun ada tempoh pembayaran 1-14 hari, 15-30 hari dan juga 31-60 hari, tetapi bayaran still juga sama…baik tak payah buat macam tu, buang masa nak tulis jer. Dah la pegawai JPJ tu ambil masa sampai 20 minit nak tulis surat saman tu, sebab cari kadar bayaran dan jenis kesalahan tak jumpa dalam senarai buku mereka…asyik selak 2-3 kali tak jumpa jumpa…fedup betul nak menunggu…lambat betul…

Kesimpulannya salah tetap salah, bayar tetap bayar…saya tak berniat nak masuk laluan tu, tapi kalau anda baca post “Apa perlu buat kalau terlepas bas” anda akan faham cerita yang sebenarnya. Kereta tu kereta member, dan dia janji nak selesaikan kompaun RM 300 tu sebab dia rasa bersalah dalam hal nie…tapi takpe la…nanti kita kira lain macam mana pun. Jadi kalau nak naik bas, tolong tengok tiket betul2 jam pukul berapa, dan jangan tergesa-gesa semasa kecemasan…pastikan kita sentiasa rilek dan cool…

Incoming search terms:

  • bayaran kes lari jpj
  • harga saman naik mahkamah
  • jpj kalau makhamah
  • jpj saman
  • kena datang makhamah klau nak bayar saman
  • kena saman dgn jpj
  • kene sama jpj berapa nk kene bayar
  • saman jpj no entry