Pengenalan Kepada Portal Jobsmalaysia.gov.my

Portal jobsmalaysia.gov.my adalah satu portal penyedia perkhidmatan mencari kerja percuma tanpa sebarang bayaran yang akan dikenakan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Sumber Manusia telah membangunkan sistem penjodohan pekerjaan iaitu Job Clearing System (JCS) di bawah aplikasi Electronic Labour Exchange (ELX) yang dilancarkan pada 30 Mei 2002. Walaubagaimanapun JCS hanya memberi perkhidmatan pekerjaan kepada sektor swasta sahaja. Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan pekerjaan, JCS telah di tambah baik dan diperluaskan perkhidmatannya kepada sektor awam serta dijenamakan semula sebagai Jobsmalaysia.gov.my

Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada yang lebih baik. Selaras dengan itu portal jobsmalaysia.gov.my mengenengahkan konsep one service, one delivery, no wrong door, untuk memaksimumkan peluang pekerjaan kepada pencari kerja, manakala majikan pula boleh mendapatkan lebih ramai pekerja pilihan daripada satu pengkalan data iaitu di jobsmalaysia.gov.my. Portal ini dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Objektif utama portal jobsmalaysia.gov.my

1. Meningkatkan mobilisasi penggunaan tenaga kerja negara

2. Mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja negara melalui proses penyesuaian kerja yang lebih efektif dan berintergrasi

3. Menyediakan satu pusat sumber maklumat dan rujukan bagi pasaran sumber tenaga kerja negara.

Faedah portal jobsmalaysia.gov.my

1. Pencari kerja/Masyarakat

  • membantu rakyat Malaysia mencari peluang pekerjaan sama ada di dalam atau luar negara,
  • memberi peluang pekerjaan secara adil menyeluruh kepada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.
  • meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan mutu perkhidmatan pencarian pekerjaan.

2. Agensi Pekerjaan

  • mempercepatkan proses pengambilan dari segi pengiklanan perolehan calon daripada satu sumber pengkalan data manakala proses temuduga , pemilihan dan lantikan diuruskan oleh agensi.
  • mengurangkan kos pengurusan dan pembangunan sistem aplikasi permohonan pekerjaan di agensi secara online.
  • menjamin kesahihan maklumat calon melalui semakan identiti calon secara online dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan agensi agensi lain yang berkenaan seperti verifikasi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.
  • memudahkan agensi mendapat calon secara online

Kepada sesiapa yang ingin cari pekerjaan sama ada swasta ataupun kerajaan boleh la mendaftar di jobsmalaysia.gov.my.

Incoming search terms:

  • www jobmalaysia com my