Zaman sekarang kita semua akui bahawa peluang untuk mendapat pekerjaan semakin sengit kerana terlalu banyak pelajar graduate setiap tahun. Malah setiap syarikat yang hendak mengambil pekerja, majoriti menitik beratkan keputusan peperiksaan yang baik dan mempunyai pengalaman dalam bidang kerja yang mereka pohon. Daripada kesusahan untuk mencari peluang kerja maka timbul pelbagai teknik ataupun cara yang pelbagai untuk mencari kerja. Apa yang saya nak kongsikan disini adalah kisah bagiamanaseorang pelajar perempuan yang baru habis belajar mengiklankan diri beliau untuk mendapatkan sebarang pekerjaan yang sesuai untuk beliau.
Selalunya cara biasa untuk kita mencari pekerjaan adalah menunggu sesuatu jawatan kosong dikeluarkan, kemudian baru kita pohon, ataupun kita terus menghantar resume walaupun tiada jawatan kosong diiklankan. Namun bagi saya pelajar perempuan ini begitu berani mengiklankan diri beliau di portal iklan percuma mudah.my untuk mendapatkan pekerjaan. Malah beliau meletakkan sekali gambar beliau dan juga nombor telefon beliau untuk dihubungi. Kalau anda, berani tak buat macam tu.
Saya memang respect pelajar perempuan ini, kerana beliau tidak malu untuk mencari sesuatu pekerjaan dengan membuat pengiklanan yang sedemikian. Dan saya harap pelajar tersebut akan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan usahanya itu. Dan saya pasti dia akan diganggu oleh orang yang tak dikenali sebab dia letak nombor handphone sekali. Itu risiko yang dia kena tanggung di atas cara mencari kerja yang bagi saya agak luarbiasa untuk tatapan bagi rakyat Malaysia.
Walau apa pun tahniah untuk pelajar perempuan ini, kerana berani melakukan tindakan sedemikian demi sesuap rezki yang halal…
Incoming search terms:
- cara mencari kerja
- mudah my cari kerja
- bolehkah letak banyak pengalaman dalam resume
- teknik mencari kerja
- mudah/dot /com/my /cari kerja pulau pinang
- mudah com my cari kerja
- keje di mudah my
- cari pekerjaan di mudah com
- cari kerja mudah my
- cari kerja di mudah com my




2 Comments
teknik brni..mana tau leh dpt kn…mknanya susah nk cr krja skrg ni,,
itu la pasal…kena kraetif sekarang nie..nak cari kerja pun…