Kad Ramalan Nombor Ekor RM 50-Boleh Percaya Ke???

RAMALAN NOMBOR EKOR

Masa berjalan-jalan kat pasar pagi ada terjumpa seorang peniaga yang menjual kad ramalan nombor ekor. Satu bisnes yang haram yang mengajak orang ramai masuk neraka sekali dengan dia. Saya rasa peniaga tersebut bukan orang kita, tengok gaya macam orang indon jer. Kad tersebut berharga Rm 50 sekeping, murah giler, tapi dengan menggunakan formula yang ada pada kad tersebut, sesiapa yang cuba tikam nombor ikut formula kad ramalan nombor ekor tersebut confirm akan kena, kena jackpot lak tu.

Semasa mamat indon tu menjual kad ramalan nombor ekor tersebut, dia ada buat demontrasi la kiranya. Dia tunjukkan keputusan yang lepas-lepas. Slip nombor ekor tu dia beli katanya. Dia tunjukkan jalan pengiraan bagaimana nak tikam nombor dengan menggunakan kad aramalan tersebut. Saya pon tumpang sekaki tengok mamat nie buat pengiraan. Sah memang nombor tu akan keluar first prize selepas dia buat pengiraan mengikut slip nombor ekor yang dia tikam. Semua orang teruja, ada orang kita jugak yang membeli. Sah kaki nombor.

Fikir Sejenak!!!

Penjual tu kata dia dah tikam nombor dengan slip yang dia tunjukkan dan dapat first prize, kalau dapat nombor satu confirm dapat ratus2 ribu. Kalau dah kaya takkan la nak jual formula tu kat orang dengan harga RM 50 sekeping. Siapa yang beli tu memang bangXXX  la. Mamat indon tu dengan pakaian selekeh, berserabut takkanlah kita boleh percaya mudah-mudah. Kalau dah kaya confirm takkan jual kat orang formula macam tu dengan murah. Kalau betul pon mestilah jual dengan harga ratus ribu, baru padan dengan hadiah yang nak dapat tu. Lepas tu jual kat kaki lima,..x eklusif langsung.

Lagi satu berkenaan resit atau slip nombor yang ditunjukkan oleh mamat indon tu. Jangan kita tak tahu slip boleh print dan buat dengan sendiri, boleh buat kat kedai. Sah-sah mamat indon tu dah study siang malam nombor apa yang dia nak gunakan untuk print dan berlatih untuk kenakan orang ramai. Cara penyampaian dia memang expert, siap boleh tulis nombor terbalik lak tu…memang terbaik la pertunjukkan tersebut.

Saya tunggu situ nak tengok gelagat mamat indon tu dengan nak tengok siapa yang nak beli, memang ada orang yang beli, orang kita la siapa lagi. Sah-sah memang penipu, macam tu pon ada jugak orang yang terkena. Jadi saya nak ingatkan diri saya dan kita semua supaya jangan mudah tertipu dengan hal yang karut marut macam nie. Kalau dah kaya takkan nak jual lagi kat tepi jalan macam tu. Itu pon kita dah boleh nampak dan fikir dari segi logiknya.

 

 

Incoming search terms:

  • ramalan nombor ekor
  • cara tikam nombor ekor
  • cara nak kena nombor ekor
  • cara buat nombor 6d
  • cara nak buat nombor ekor
  • cara nak kena nombor
  • cara pengiraan 6d
  • cara nak dapat nombor ekor
  • cara nak buat 6d
  • teknik pengiraan 6d