Kenapa Blog Takde Orang Nak Baca

Sedih kan kalau kita tulis blog penat-penat dengan artikel yang banyak tapi takde sape pon nak baca kan. Bersengkang mata siang dan malam untuk buat post-post terbaru. Perah otak gila-gila2 nak cari idea untuk menulis, tapi sape pon tak baca sebab tak ada orang datang masuk ke blog kita. Dah berapa lama jadi blogger pon tak tahu, tapi masih blog tak famous2 jugak. Kenapa jadi macam tu..sebab takde pelawat ler puncanya.

 

Kalau tengok gambar di atas tu, sedih betul dengan jumlah pelawat. Kalau yang ada 1 atau 2 pelawat tu belum tentu lagi pelawat yang sebenar, mungkin robots jer kot yang datang. Kalau statistik macam tu memang sah la takde orang yang datang melawat blog kita. Jangan harap untuk dapat duit daripada blogging. Trafik adalah faktor utama sesuatu menentukan sama ada sesuatu blog itu berjaya atau tidak. Dengan trafik yang banyak akan memberi kelebihan kepada blog kita. Tak guna ada artikel yang menarik dan banyak jika tiada pelawat. Dengan trafik jugalah kedudukan ranking alexa di tentukan.

Bagaimana nak tarik banyak pelawat ke blog?

Banyak kena belajar sebenarnya untuk dapatkan banyak pelawat ke blog kita dan pelbagai jenis medium dan kaedah yang terdapat di internet. Di sini saya bagi contoh secara umum antara kaedah-kaedah yang selalu di gunakan untuk mendapat kan trafik iaitu melalui:

Search Engine Optimaztion (SEO)

Social Networking (Facebook)

Link Exchange(Tukar-tukar link)

Forum Marketing

Itu antara contoh yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan trafik ke blog kita malah ada banyak lagi kaedah yang lain. Apa yang penting kita perlu belajar secara konsisten untuk setipa kaedah yang ada. Memang telah terbukti kaedah yang saya senaraikan itu telah berjaya. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan trafik yang banyak, cuma kita perlu banyak bersabar.

Banyak blog-blog yang memberi tips dan panduan bagaimana untuk mendapatkan trafik yang ramai, ada yang dapat 1000 pelawat sehari malah ada yang mendapat 10000 pelawat sehari. Anda hanya perlu search kat google cara untuk mendapatkan trafik yang banyak dan belajar panduan percuma daripada blog tersebut. Mereka yang telah berjaya sekarang pada awalnya pon takde sape nak baca blog mereka. Betul tak???

Incoming search terms: