Kisah Seorang Pekerja Yang Sombong Diri

Ini adalah adaptasi daripada kisah sebenar dan saya olah dia menjadi suatu cerita. Tajuk “Kisah Seorang Pekerja Yang Sombong Diri” mungkin tajuk yang paling sesuai untuk saya letakkan pada cerita ini. Cerita ini bukanlah nak mengutuk sesiapa tetapi sebagai satu perkongsian untuk kita semua supaya dapat memupuk sikap saling hormat menghormati, apatah lagi di alam pekerjaan yang mempunyai pelbagai pangkat daripada atas hinggalah ke bawah.

Kisah ini mengenai seorang kerani dan bos yang bekerja di dalam suasana kerja di sektor kerajaan yang mana si kerani bergred 17 dan bosnya pula gred 44. Sungguh jauh perbezaan mereka. Tentu sekali kalau dilihat di atas kertas secara kasarnya dan logik akalnya bos tersebut mempunyai lebih banyak kuasa dan kawalan ke atas kerani tersebut.

Bos ini mempunyai peribadi yang biasa sahaja, agak nampak selekeh dan bekerja daripada tahun 80 an lagi di mana komputer pada masa itu belum ada dan sampai hari ini pon beliau tak mahir computer. Bos tersebut adalah second bos. Bos juga dah 3-4 tahun lagi dah nak pencen, jadi dia pon dah tak perlukan semua tu. Sebab bagi saya bos hanya perlu bagi arahan sahaja kepada kerani untuk segala kerja-kerja untuk di taip. Itu formula asas di mana bos akan beri arahan kepada orang bawahannya.

Si kerani pula adalah anak muda perempuan dalam lingkungan usia 30 an, bersemangat waja lah kiranya sebab muda dan belum kahwin lagi. Ditukarkan ke situ dan di takdirkan bekerja dengan bos tersebut. Dan ada pula dikalangan rakan sekerja yang lebih tua menjadi kawannya, maksudnya orang dah lama bekerja di situ berkawan dengannya pada hari dia masuk. Adalah dalam 2-3 orang semuanya perempuan.

Bos tersebut biasanya akan draftsuratdalam kertas kosong dan akan beri kepada kerani untuk di taip. Masa tiada kerani tersebut, budak praktikal akan menjadi suruhannya, mahu tak mahu terpaksa buat. Sebabnya paperwork memang banyak. Jadi bos suruh la kerani nie buat, macam2 alasan yang di berikan banyak keje lah, tak sempat lah, bukan keje saya la. Sehinggakan kadang2 suara kerani tersebut kedengaran tinggi, malu bos tersebut. Orang yang di suruh kurang ajar dan sombong tak tentu pasal.

Gengnya pula yang lain menyokong tidakan kerani tu dengan alasan belajar la komputer, boleh taip perlahan-lahan. Itu yang di kutuk kepada bos tersebut daripada belakang. Punya pasal bos tu la nak taip ataupun tak, dia bos, suka hati la…kalau kita jadi bos pon, takkan kita nak taip sendirikan, kita banyak keje lagi nak pergi meeting dan macam macam urusan lagi.

Bodoh betul geng kerani tu yang sokong pendapat bangang macam tu, bos tu 2-3 tahun lagi nak pencen nak belajar komputer apalagi, dia pon dah tak perlu dah benda macam tu. Kalau dia berminat dah lama dia belajar sendiri, tak perlu suruh. Kesian bos tu, kadang-kadang terpaksa mencari-cari orang untuk tolong taipkan kerja-kerja beliau.

Kenapa kerani nak berlagak sangat.

Saya tak tahu samaada kerani tu sedar tau tak pangkatnya berbanding bos tu, mentang-mentang la bos tu buta it dan selekeh, tetapi janganlah sampai menghina beliau macam tu. Etika kerja perlu ada semasa dalam bekerja. Hormatilah pangkat bos kita walaupun mereka agak kurang pandai daripada kita yang rasa diri kita hebat sangat macam kerani tu. Kalau kat swasta kerani tu dah confirm kena pecat kalau buat perangai macam tu. Menyusahkan saja, baik buang dan cari orang baru.

Kerani tu bukan ada kerja sangat, datang opis kerje main game kat facebook je dan chating kat facebook. Seronokkandatang kerja, kerja main facebook jer. Cukup time kuar makan, cukup bulan dapat gaji takde kerja sembang-sembang merapu dengan geng dia.

Inilah yang menjadi beban kepada sesuatu syarikat jika beginilah perangai perangai dan sikap pekerja yang angkuh dan sombong tak tentu hala. Fikirkan diri sendiri sahaja, sampai bos pun nak melawan. Perangai yang tak suka kerja dan suka main facebook suka sembang-sembang tak tentu masa, suka balik awal, suka bangkang tak tentu pasal, suka cakap perli-perli, suka makan-makan dalam opis ramai-ramai dan seribu macam lagi la sikap yang tak baik yang saya rasa kita pon tak suka kalau ada orang bersikap macam tu.

Kalau ada kat opis anda, harap anda dapat atasi perangai pekerja tersebut dengan berhemah. Hanya satu perkongsian daripada saya. Sekian.

Incoming search terms:

  • pekerja sombong
  • cerita inspirasi sombong
  • kisah seks bos
  • BOS DAN PEKERJA
  • resume kisah inspirasi
  • kisah seks hari pekerja
  • kisah seks bos dan pekerja
  • kerani berlagak bos
  • contoh cerpen orang yg sombong
  • cerita seks pekerja