Fitrah kehidupan manusia apa-apa pun permulaan memang sukar apatah lagi ingin memulakan perniagaan internet yang memang sesuatu bidang yang asing bagi kita. Agak sukar apabila kita yang tidak tahu apa-apa tentang perniagaan internet ingin menjadi peniaga di internet. Tidak pernah di ajar di sekolah atau universiti. Kebanyakkan daripada kita main internet sekadar suka-suka contohnya baca suratkhabar, chatting, main facebook, main game, layan youtube dan bermacam-macam lagi.
Nilai sendiri berapa banyak masa kita dihabiskan dengan benda yang saya sebutkan tadi. Majoriti orang ramai melayari internet untuk buat perkara-perkara tadi dan hanya segelintir yang nampak potensi dan peluang di internet untuk cari duit sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.
Jadi bagaimana nak memulakan perniagaan internet ni? Nak mula perniagaan internet tidak lah semudah yang dijangkakan seperti duduk diam dapat duit. Asas pertama yang perlu kita ada ialah ilmu tentang perniagaan internet. Ada banyak cara untuk kita dapatkan ilmu tentang perniagaan internet nie antaranya ialah:
- beli buku panduan sama ada ebook ataupun buku yang di jual dikedai
- buat kajian sendiri di internet (agak lambat kalau belajar sendiri)
- sertai seminar berbayar daripada orang mahir
- bayar untuk perkhidmatan coaching face to face
- spy daripada apa yang orang lain lakukan (agak tricky)
Bagaimana kita nak belajar terpulang kepada kita. Ada orang yang boleh tangkap cepat dan ada juga orang yang agak lambat untuk boleh daripada proses pembelajaran. Ianya terpulang kepada diri sendiri. Bagi saya sebagai pandangan peribadi, cara yang terbaik untuk menuntut ilmu nie kita kena keluarkan duit. Buat pelaburan ilmu terhadap diri kita. Keluarkan duit ikut kemampuan kewangan masing-masing. Sesuatu yang berharga memang agak sukar di perolehi.
Oleh itu kita kena fikir dan rancangkan perniagaan kita dengan bijak. Jika kita memulakan perniagaan internet tanpa ada ilmu, main hentam je memang agak sukar kepada kita untuk memperolehi hasil daripada perniagaan tersebut. Kalau silap haribulan, kita akan buat sekerat jalan sebabnya kita tiada ilmu yang cukup kukuh untuk memulakan perniagaan internet nie. Fikir dan rancang sebelum melakukan sesuatu.
Incoming search terms:
- contoh surat rasmi permohonan untuk memulakan perniagaan
- peniaga forex sepenuh masa


