Belum lagi masuk ramadhan iklan raya dah keluar..Patut Ke???

Hari Isnin 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah umat Islam di Malaysia telah menyambut bulan Ramadhan. Maka hari ini semua orang berpuasa seperti mana tahun tahun yang sebelumnya. Adakah akan ada perubahan ataupun sama sahaja puasa kita pada kali ini seperti puasa yang lepas-lepas. Tepuk dada tanya iman. Masing masing pada kalangan kita tahu tahap diri kita. Namun bukan itu yang saya ingin ceritakan pada post kali ini, tetapi ianya masih berkaitan dengan bulan puasa.

Jika kita lihat di televisyen atau di akhbar, kita dapat lihat akan ada iklan hari raya akan keluar pada awal permulaan Ramadhan, malah belum pun masuk bulan Ramadhan sudah ada banyak iklan hari raya yang keluar. Adakah patut fenomena ini berlaku, saban tahun kita lihat benda yang sama berlaku. Kita nak utamakan puasa atau pun nak utamakan hari raya terlebih dahulu. 

Sepatutnya bulan Ramadhan yang perlu di utamakan dan di sambut dengan lebih meriah kerana ianya bulan yang penuh keberkatan dan setiap amal di lipatgandakan pahalanya. Jadi kenapa ianya menjadi tidak sehebat seperti sambutan hari raya. Iklan-iklan inilah yang akan menyebabkan masyarakat kita terpengaruh untuk dan lupa untuk menghayati bulan Ramadhan. 

Tidak salah untuk beriklan berkenaan promosi jualan hari raya, namun ianya haruslah di tentukan pada masa yang sesuai dan tidak terlalu awal seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Masyarakat di Malaysia sudah di didik dengan suasana yang begini maka tidak hairanlah jikalau kita lihat mereka lebih suka bercakap tentang persediaan hari raya berbanding dengan persediaan untuk menyambut ramadhan walhal ramadhan baru pada hari pertama. 

Inilah salah tafsir ataupun mereka terleka atau tidak sedar yang mana mereka telah mendahulukan perkara yang tidak sepatutnya didahulukan. Meraikan Ramadhan lebih utama berbanding Hari Raya. Kita sepatutnya lebih menumpukan perkara ibadat di bulan ramadhan berbanding hari raya. Puasa tak sehebat manapun, raya nak lebih-lebih pulak. Memang tak patut sangat…