Ramadhan tiba lagi, rasanya macam baru saja kita berpuasa cepat sungguh masa berlalu pergi. Adakah kita ternanti nanti bulan Ramadhan ataupun kita langsung tak ada rasa apa-apa dengan kedatangannya. Namun sebagai umat Islam kita wajib menunaikan tuntutan di dalam bulan Ramadhan ini.
Rutin biasa dalam bulan Ramadhan kita akan berpuasa pada siang hari dan pada sebelah malamnya berbuka dan kemudian bertarawih di masjid atau di surau kemudian di susuli dengan bacaan tadarus Al Quran bagi yang mampu dan yang mahu mengambil peluang ganjaran yang di berikan oleh Allah pada bulan yang mulai ini.Itulah perkara asas yang dituntut di dalam bulan Ramadhan bagi sesiapa yang mengaku beriman dengan Allah.
Bagaimana dengan masyarakat kita sempena menyambut kedatangan ramadhan, adakah mereka menghayati hari demi hari bulan puasa ini selari dengan apa yang di tuntut? Dari pemerhatian saya orang kita macam tak nak sambut Ramadhan dengan bersungguh-sungguh. Kenapa saya katakan demikian? Masyarakat kita memang nampak berpuasa pada sebelah siangnya, namun pada sebelah malamnya nampak macam bulan tak puasa saja.
Mereka masih dengan rutin kebiasaan mereka tak ubah seperti bulan bulan yang lain. Tiada langsung penghayatan Ramadhan seperti yang di tuntut. Mereka masih seronok dan rilek dekat rumah untuk menonton tv dengan keluarga mereka, padahal orang lain berpusu-pusu ke masjid untuk solat tarawih. Buatlah setakat yang mampu, buat lapan rakaat pun sudah memadai sebagai peenghormatan kepada bulan Ramadhan.
Masjid masjid masih tak penuh dengan jemaah, malah ada sesetengah tempat atau kampong suraunya langsung tidak berfungsi. Tidak mahu solatkah mereka. Mereka masih sibuk dengan aktiviti mereka.Anda juga boleh lihat persekitaran anda pada waktu orang sedang bertarawih, banyak juga orang kita melepak di kedai kedai makan, bersembang sembang, di cyber café khususnya budak-budak remaja, mereka seolah-olah tidak sedar mereka sedang berada di bulan Ramadhan. Tuhan hanya meminta sebulan sahaja untuk kita tambahkan ibadah dan 11 bulan lagi kita tidak di tuntut untuk bertarawih. Solat tarawih ini adalah pelengkap kepada puasa kita, jadi sesiapa yang tak buat solat tarawih ini, bulan ramadhannya boleh dikatakan tidak sempurna.
Dikala pintu pintu syurga di buka dan pintu pintu neraka di tutup, kita masih tak dapat kesan daripada berita tersebut. Ahli kubur sentiasa menantikan Ramadhan kerana pada bulan ini sahajalah mereka bebas daripada siksa kubur. Jadi bagaimana kita yang sedang hidup ini…
Gambar dari http://ms.wikipedia.org/
Incoming search terms:
- tweet ntuk sambut ramadhan


