Maksud Puasa

 

puasa ramadhan

Maksud Puasa

Maksud Puasa daripada sudut bahasa:

Menahan diri daripada sesuatu.

Maksud Puasa daripada sudut istilah:

Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari.

Syarat sah puasa

  1. Islam
  2. Mumayyiz
  3. Suci daripada hadas dan nifas
  4. Puasa pada hari-hari yang dibolehkan, tidak boleh puasa pada 2 hari raya dan hari tasydiq

Syarat Wajib Puasa 

  1. Islam
  2. Mukallaf
  3. Baligh/Berakal
  4. Waras

Perkara-perkara Makruh Ketika Puasa

Supaya keutamaan dalam mengerjakan ibadah puasa itu dapat dicapai dengan menjaga segala perbuatan yang makruh.

  1. Berkumur-kumur atau bersugi apabila waktu matahari telah tergelincir
  2. Terlalu memasukkan air ke hidung ketika dalam puasa
  3. Mengeluarkan kata-kata keji

Jauhilah semampu mu!!!

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Bersetubuh
  4. Keluar darah haid atau nifas
  5. Gila
  6. Mengeluarkan mani pada siang hari
  7. Murtad

Sunat-sunat Puasa

Perbuatan-perbuatan yang sunat dilakukan oleh orang berpuasa.

  1. Makan sahur
  2. Menyegerakan berbuka puasa
  3. Melewatkan makan sahur
  4. Meninggalkan perbualan kosong
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran
  6. Memperbanyakkan sedekah
  7. Mendirikan sembahyang terawih pada malam bulan Ramadhan
  8. Menjamu orang-orang yang berpuasa pada waktu berbuka

Uzur yang membolehkan puasa ditinggalkan

  1. Sakit yang menghilangkan kekuatan untuk berpuasa
  2. Berjalan jauh, sejauh perjalan yang membolehkan mengqasar solat
  3. Orang tua yang sangat lemah
  4. Lapar dan dahaga yang bersangatan

Di petik daripada Risalah Pedoman Ramadhan Muslim Sejati oleh

Yayasan Itmam

No.4, Jalan Sg 3/2, Pusat Bandar Seri Gombak, Taman Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Tel: 03-6187 9458, 03-6186 9230, Faks 03-6187 8306

Susunan oleh Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar (M.A UM)

Incoming search terms:

  • maksud puasa
  • maksud berpuasa
  • erti puasa
  • maksud ramadhan
  • maksud puasa sunat
  • maksud puasa ramadhan
  • puasa
  • erti berpuasa
  • erti puasa dalam islam
  • al fatihah dan maksudnya