Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi

Pernah tak nampak tanda amaran kat atas. Kita tak akan nampak kalau kita tak pernah pergi ke masjid atau surau..betul kan. Tanda yang bermesej “Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi ” selalunya terdapat di masjid masjid atau surau kat Malaysia nie. Sponsor oleh Telekom Malaysia. Terima kasih kepada Telekom Malaysia sebab bagi tanda peringatan ini kepada masjid dan surau kat Malysia nie.

Daripada tanda peringatan tu ada 3 perkara yang hendak di beritahu iaitu:

1. Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi

2. Tolong tutup telefon anda semasa solat

3. Pesanan Ikhlas daripada penaja.

Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi

Panggilan yang dimaksudkan adalah seruan azan yang berkumandang 5 kali sehari di masjid yang mengajak umat Islam untuk menunaikan solat, dan solat yang terbaik adalah secara berjemaah di masjid berbanding solat sendirian di rumah. Seruan azan adalah syariat daripada Allah kepada umat Islam, ternyata ia adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Kalau kita tak menyahut seruan azan dengan bersolat maka, kita hidup sebagai umat Islam hanyalah sia sia.

Sebab itu juga kenapa sesuatu kariah perlu melaungkan azan kerana ianya adalah sebagai suatu tanda masyarakat di kawasan tersebut adalah orang yang beragama Islam. Jika tiada azan berkumandang, beerti sesuatu tempat itu bukanlah suatu masyarakat Islam.

Oleh marilah kita ringankan kaki kita untuk menjejakkan kaki ke masjid setiap kali azan berkumandang. Marilah kita bersama sama berusaha untuk mencapai objektif tersebut. Untuk permulaan kalau tak pernah solat kat masjid atau tak sempat eloklah kita mulakan dengan satu waktu terlebih dahulu. Cari satu waktu solat yang kita boleh hadir ke masjid untuk tunaikan solat berjemaah. Mulakan dengan satu waktu terlebih dahulu, dan seterusnya dapat mencapai keseluruhan lima waktu untuk solat berjemaah.

Lagi satu jangan lupa tutup telefon bimbit anda ketika di masjid untuk bersolat jemaah. Kalau bunyi tengah solat, akan mengganggu solat tersebut secara keseluruhannya.

 

Incoming search terms:

  • logo tiada panggilan seruan ilahi
  • sambut seruan ilahi
  • seruan ilahi
  • tiada panggilan sepenting panggilan ilahi
  • tutup telefon