Salam semua…semoga sihat hendaknya. Jadi pada kali ini saya akan menambahkan lagi isi kandungan di blog ini bagi berkongsi lebih maklumat dengan anda semua. Saya akan berkongsi tentang panduan ataupun tip tip blogging serba sedikit apa yang saya tahu setakat kemampuan saya. Untuk permulaan kepada topik tips blogging pada kali ini saya akan bermula dengan tajuk yang basic basic dahulu iaitu kenali platform blog.
Kenali platform blog
Sebelum memulakan kerja kerja blogging ataupun nak menulis di blog apa yang penting adalah kena mengenali platform platform untuk buat blog. Takpe kita belajar perlahan lahan dan sedikit demi sedikit lama lama menjadi bukit. Platform yang famous yang selalu digunakan di dalam dunia blogging adalah sama ada Blogspot.com ataupun wordpress.com dan juga guna domain sendiri secara berbayar kemudian setup dekat cpanel anda untuk guna platform worpress. Itulah platform yang selalu digunakan oleh para blogger. Untuk pengetahuan anda blogspot.com dan wordpress.com adalah percuma untuk digunakan. Namun kebanyakkan blogger yang menggunakan platform percuma ini menggunakan blogspot.com berbanding dengan wordpress.com. Untuk pengetahuan anda blogspot.com dimiliki oleh google sepenuhnya.
Jika menggunakan domain anda sendiri yang berbayar anda disarankan menggunakan platform wordpress yang tersedia di dalam hosting ataupun cpanel anda kerana platform wordpress banyak mempunyai plugin plugin yang menarik serta didapati juga lebih mesra SEO (seach engine optimization). Kebanyakkan blogger kat dunia nie majoriti menggunakan wordpress untuk blog mereka termasuk inspirasicyber.com.
Banyak lagi platform lain, namun anda tak perlu ambil tahu pun sebenarnya, hanya perlu ambil tahu apa yang perlu digunakan sahaja. Nanti kalau info banyak banyak sangat jadi overload kepala otak pula. So jumpa lagi untuk next tips blogging seterusnya.
Tips Blogging | Kenali Platform Blog | Cara Buat Blog| Panduan Asas Blog

