Apa Perlu Buat Kalau Terlepas Bas

Siapa yang tak pernah naik bas ekspres, tak pernah balik kampung memang tak akan rasa pengalaman naik bas..hahaha…kali nie nak share sikit pasal cerita nak naik bas. Member saya nak naik bas ke selatan, bas pukul 9 malam. Tapi akibat leka sebab ingat bas pukul 9.30 malam, nak jadikan cerita lambat pulak nak stesen bas. Sampai tepat tepat jam 9 malam kat stesen bas tu, nampak bas syarikat seperti dalam tiket yang dia beli terus bergerak. Tak lengah seminit pon. Padahal member saya ni tak tahu pun bas tu nak kemana. Dia suruh saya kejar, kerja gila malam malam nak kejar bas. Susah nak berhentikan bas kalau kita kejar macam tu. Saya tak nak lakukan kerja macam tu sebab saya nak kerja mudah.

Senang saja, saya suruh member saya pergi ke kaunter yang dia beli tiket bas tu untuk tanya betul ke bas tu dah bergerak. Kalau betul bas dah bergerak, orang yang jaga tiket tu akan telefon pemandu bas tu untuk berhenti kat mana mana untuk ambil dan tunggu member saya nie atau pun orang yang tertinggal bas. Lepas tu dah pergi tanya, confirm, bas yang bergerak tadi bukan bas yang dia nak naik malam tu…hahaha..kan dah kena padan muka. Kalau kejar bas tadi tu kan dah buat kerja bodoh. Bas yang bergerak tadi tu nak ke penang, padahal member saya nie nak ke Negeri sembilan dan bas yang dia nak naik tu belum sampai lagi pun, dalam on the way ke terminal bas. Kebetulan rupa paras bas yang sama…hahaha..

Jadi, Apa Perlu Buat Kalau Terlepas Bas

Jangan kejar, relax dan cool, pergi ke kaunter tiket dan tanya mereka. Kadang2 bas syarikat yang sama bergerak ke destinasi yang berlainan dalam masa yang sama. So, jangan jadi macam kawan saya, nak buat kerja gelojoh. Selain itu juga kat tiket bas tu ada nombor telefon, telefon dengan segera untuk bertanya. Kalau nak kejar juga,,,itu korang punya pasal la..tapi rasa macam tak bijak jer kalau kejar bas yang terlepas nie.

Satu lagi yang paling penting adalah, kalau dah beli tiket tu, ingatlah tarikh dan waktu bas nak bergerak, buat reminder ke kat telefon. Kemudian pergi awal ke stesen bas, biar kita tunggu bas, jangan bas tunggu kita. Bas takkan tunggu lama lama, kecuali kita telfon awal awal beritahu yang kita akan lambat sedikit. Kalau bas jalan lambat tak ikut masa, nanti orang akan complaint terhadap perkhidmatan bas tersebut. Kerana tunggu penumpang yang lambat, tak pasal pasal syarikat bas dapat nama buruk.

Untuk itu beringatlah kalau nak naik bas tu, sentiasa bersedia dan jagan gopoh gapah serta gelojoh. Kalau dah lambat, mesti kita naik keta atau moto dengan laju kan, nanti tak pasal pasal eksiden pulak…plan your work…

Incoming search terms:

  • format surat rasmi tertinggal bas