Siapa lagi yang belum ada email. Email adalah antara satu keperluan pada masa kini untuk berhubung di internet. Email adalah percuma dan selalunya di sediakan oleh pemilik enjin carian seperti Google, Yahoo dan Msn. Kali ini saya akan share dengan anda semua cara buat email. Nak buat email nie senang jer sebenarnya, tak susah pon, hanya perlu daftar dengan penyedia email tersebut.
Kali ini saya akan tunjukkan contoh cara untuk buat email dengan menggunakan gmail daripada google.com. Untuk mendaftar email dengan gmail anda boleh terus ke link ini (gmail)
Untuk mendaftar email dengan gmail sila ikuti panduan dan langkah langkah dibawah ini..sila rujuk gambar untuk lebih mudah..
Cara buat email gmail
First Name: Masukkan nama anda, tak kisah sama ada nama betul ataupun nama samaran, terpulang kepada anda.
Last Name: Nama bapa atau ikut suka anda,,,
Desired Login Name: Anda boleh letakkan apa apa nama ataupun ID di sini. Anda boleh letakkan nama samaran seperti suteraputeh, mawarmerah ataupun anda boleh gunakan nama penuh anda. Kemudian anda klik Check Availability untuk lihat samaada id tersebut boleh digunakan atau tidak. Jika tidak boleh digunakan, sistem akan bagi cadangan nama nama yang masih belum digunakan lagi. Kalau anda tak nak nama yang dicadangkan, anda boleh cuba nama nama lain sehingga anda berpuas hati.
Choose a password: Masukkan password untuk email anda. Pastikan password tersebut mudah untuk anda ingati..
Re Enter Password: Masukkan sekali lagi password tersebut.
Security Question: Anda boleh pilih mana mana soalan yang tersedia dan sediakan jawapan yang bagi anda mudah ingat. Security question ini akan digunakan apabila kita terlupa password email kita nanti. Jadi pastikan anda letak soalan dan jawapan yang mudah diingati.
Answer: Masukkan jawapan bagi Security Question tadi, pastikan jawapan tersebut mudah diingati oleh anda.
Recovery Email: Anda boleh abaikan bahagian ini (tinggalkan kosong), sebab kita andaikan kita belum ada email lagi. Kalau anda ada email lain seperti yahoo email boleh masukkan pada bahagian ini.
Location: Masukkan lokasi negara anda.
Word Verification: Masukkan huruf (captcha) yang diberikan…pastikan betul.
Term Of Service: Klik “I Accept. Create My Account” untuk kita bersetuju dengan syarat syarat yang dinyatakan oleh google untuk kita menggunakan perkhidmatan email mereka. Selesai.
Seterusnya anda boleh login email tersebut dengan menggunakan ID dan juga password anda. Untuk memastikan anda tidak lupa maklumat maklumat yang telah diisi, anda perlu savekan maklumat berkenaan email tersebut didalam komputer anda. Savekan sama ada di dalam word ataupun excel. So nanti kalau lupa apa apa maklumat boleh rujuk balik dalam komputer anda. Kalau nak simpan semua dalam kepala otak, takut nanti terlupa. Selamat berjaya buat email pertama anda.
Incoming search terms:
- cara nak buat email
- macam mana nak buat email
- cara cara nak buat email
- macam mana nak buat email gmail
- macam mana nak buat e mail
- bikin email
- macam mana nk buat gmail
- macamana cara nak buat email
- mcm mane nak buat email
- nak wat email



