Contoh Resume

Contoh Resume | Contoh Resume Lengkap

Banyak orang yang mencari kerja terutama sekali lepasan graduan mencari-cari contoh resume yang bagus dan terbaik bagi mendapatkan kerja pertama mereka. Banyak juga contoh-contoh resume yang di letakkan di dalam internet dan boleh di download secara percuma sahaja. Tetapi untuk menulis resume yang terbaik kita tidak boleh hanya meniru bulat-bulat contoh resume yang berlambak-lambak di internet dan kadangkala resume tersebut tidak menarik dan membuang masa kita sahaja. Kita perlu cari suatu contoh resume yang memang telah berjaya dan terbukti dalam mendapatkan pekerjaan.

CONTOH RESUME

Semasa dalam tempoh untuk mendapatkan pekerjaan saya sehingga hari ini, saya hanya menggunakan satu jenis contoh resume sahaja yang mana ianya sangat simple, mudah dan hanya mengandungi 2 helai muka surat sahaja. Saya gunakan sehingga hari ini untuk mencuba mendapatkan perkerjaan sekarang dan yang sebelum-sebelumnya. Hanya 2 helai muka surat sahaja di perlukan, tidak perlu panjang berjela-jela…diaorang bukan nak baca semua pun.

Saya akan terangkan satu demi satu isi kandungan contoh resume tersebut sehingga akhir apa yang perlu di tulis. Tapi buat masa ini contoh resume tersebut adalah resume dalam bahasa inggeris sangat sesuai untuk sektor pekerjaan swasta. Resume nie saya dah edit yer…maklumat dalam tu bukan maklumat sebenar saya…

Contoh ResumeĀ 

contoh contoh resume

Contoh Resume | Page 1

Gambar di atas adalah muka surat pertama contoh resume yang akan saya kongsikan kepada anda. Untuk keterangan sila rujuk gambar di atas.

1. Personal Information.

Sila senaraikan butir-butir peribadi anda dan pastikan semua maklumat adalah betul. Kotak sebelah kanan tesebut adalah untuk meletakkan gambar anda. Pastikan gambar berukuran pasport, jangan pula letak gambar yang santai nampak tak profesional dan selekeh dan tak serius mencari kerja.

Saya juga ingin terangkan berkenaan dengan alamat. Berdasarkan pengalaman saya jika tentang alamat, saya nak bagi contoh satu keadaan. Katakan anda berada di kampung dan ingin minta kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Seboleh-bolehnya anda letakkan satu alamat di kuala lumpur dan satu lagi adalah alamat kampung anda. Ini supaya syarikat tersebut menganggap anda dah mempunyai rumah di sana dan mudah untuk mereka panggil temuduga berbanding orang yang duduk jauh di kampung. Jadi ini antara faktor yang perlu di ambil kira semasa menulis alamat.

Anda boleh menulis dalam resume anda seperti ini:

Current Address : Kuala lumpur.

Permanent Address: Alamat Kampung.

Itu hanyalah pendapat saya hasil daripada pengalaman saya sendiri, tetapi apa yang penting sekali ialah kesesuaian dengan bidang yang anda minta tersebut. Jika sesuai dengan bidang dan berkelayakan duduk di mana sekali pun mereka akan panggil. Cuma ia adalah tambahan tip daripada saya semasa menulis alamat di resume anda. Kalau pakai alamat dalam kad pengenalan pun takde masalah.

Satu lagi saya nak ingatkan ialah mengenai email, pastikan anda ada email. Sebab dalam zaman teknologi ni kalau takde email nampak teruk sangat. Syarikat tentu mahukan orang yang celik it, kalau email pun takde, susah nak buat kerja nanti. So kalau tak pandai buat email sila belajar yer..Apa yang saya nak jelaskan di sini ialah penggunaan nama email. Pastikan nama email tersebut seboleh-bolehnya adalah nama anda, contoh Fatimahdaud@yahoo.com atau pun fatimahdaud77@yahoo.com. Nampak lebih jelas, serius dan profesional. Jangan pula letak email yang mengarut-ngarut, contohnya mawarhitam@yahoo.com, abanghensem@yahoo.com, ini email orang pakai nak chating boleh la yer. So letakkan email yang mana kalau boleh nama anda sendiri. Just tips tambahan dari saya.

2. Education

Untuk senaraikan kelayakan anda, sila senaraikan kelayakan yang paling tinggi sekali kemudian di ikuti yang paling rendah. Jika ada ijazah, letakkan ijazah pada permulaan dan akhir sekali hingga ke tahap sekolah. Just follow contoh resume tersebut.

3. Thesis

Untuk ruangan ini anda boleh letakkan thesis anda. Kalau takde thesis macam mana? Takde masalah, anda boleh letakkan projek-projek atau pun kajian semasa anda belajar tak kisah sama ada belajar diploma ataupun sijil. Daripada situ sayraikat boleh nampak sejauh mana anda terdedah dalam bidang kerja yang akan mereka tawarkan. Jika ada kajian yang telah anda buat dan perkara tersebut juga berkaitan dengan tawaran kerja tersebut, anda tentu mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

4. Career Objective.

Apa cita-cita anda sebenarnya? Dalam menulis objektif kerja anda, ianya mestilah berkaitan dengan kerja yang anda minta dengan syarikat tersebut. Tulis cita-cita anda dan apa yang anda ingin jadi dalam hidup anda.

5. Working Experience

Senaraikan pengalaman kerja anda daripada yang terkini hinggalah kerja-kerja anda yang sebelumnya. Kalau anda pernah bekerja di banyak tempat, senaraikan kerja-kerja tersebut, tetapi janganlah terlalu banyak sehinga sampai 1 muka surat. Just senaraikan kalau boleh yang berkaitan dalam bidang kerja yang di minta sahaja. Jika anda fresh graduate, beritahu anda adalah fresh graduate, tempat anda praktikal. Untuk fresh graduate boleh juga letakkan pengalaman-pengalaman kerja seperti kerja di petrol pam, kerja kedai makan, kerja di kilang dan apa-apa kerja pon. Sebab fresh graduate takde kerja lagi, so tak menjadi masalah untuk senaraikan kerja-kerja sambilan tersebut berbanding dengan yang dah bekerja lama dan sering tukar-tukar syarikat.

Dalam hal ini juga, selain anda menulis tentang pengalaman kerja anda juga perlu masukkan juga pencapaian terbaik anda semasa bekerja dengan sesuatu syarikat. Apa pencapaian terbaik anda, sebagai contoh:

1. Membuat sale sebanyak RM 1 juta dalam setahun, meningkatkan sale syarikat sebanyak 70 %

2. Mendapatkan tender projek bernilai jutaan ringgit, senaraikan projek-projek tersebut.

Pencapaian yang sebegitu dapat menarik perhatian syarikat yang anda minta kerja tersebut. Anda telah menunjukkan prestasi anda dan tentu sahaja orang dah berjaya akan di ambil bekerja. Anda kena highlightkan pencapaian-pencapaian anda supaya mudah untuk mendapat peluang di panggil untuk di temuduga.

contoh resume

Contoh Resume | Page 2

6. Computer Skills

Senaraikan kebolehan komputer yang anda ada. Lagi banyak lagi bagus. Sebab apa, kalau pandai komputer ni macam-macam boleh buat. Kalau setakat boleh menaip pakai Microsoft Words tidaklah sehebat mana pada pandangan syarikat. Tetapi kalau boleh kuasai semua words, excel, powerpoint, outlook, autocad, dan segalanya maka anda ada pakej yang terbaik untuk di ambil bekerja. Kalau tak tahu kena belajar, bamak kurus komputer sekarang nie. Jangan jadi orang yang tertinggal yer…

7. Language.

Penguasaan bahasa sangatlah penting untuk kerja dengan orang nie. Bahasa yang utama yang perlu di kuasai adalah bahasa melayu dan bahasa inggeris. Jika ada boleh kuasai lebih daripada 2 bahasa tersebut, anda ada kelebihan yang tersendiri berbanding dengan orang yang lain, pesaing anda yang nak dapatkan kerja tersebut. Senaraikan semua bahasa yang anda boleh kuasai sepenuhnya atau pun boleh kuasai sikit-sikit sahaja. Menguasai banyak bahasa adalah sesuatu kelebihan yang tersendiri…senang dapat kerja nanti.

8. Personal Strenght

Apa kekuatan dan kelebihan anda, anda boleh kerja lebih masa, anda boleh bekerja dalam keadaan yang tertekan, anda boleh berkerja dalam masa yang panjang, anda boleh bekerja tanpa cuti, anda boleh bekerja dalam kumpulan, anda boleh bekerja danbermula daripada bawah. Tuliskan kekuatan diri anda. Kenali potensi diri anda. Apa yang anda rasa yang paling best dalam diri anda semasa bekerja.

Perlu tak letak kelemahan diri?

Jawapan saya tak perlu letak kelemahan diri, sebab semua orang tak perfect. Kalau letak kelemahan diri, anda macam membunuh impian kerjaya anda.

9. Relevance Courses

Senaraikan semua kursus-kursus yang anda belajar di universiti.

10. References.

Senaraikan nama-nama yang boleh di hubungi dan yang tahu tentang diri anda. Nama bos syarikat anda yang terdahulu ataupun pensyarah anda. Atau pun nak lebih mudah hanya letakkan syarikat yang anda pernah bekerja. Tujuan perkara ini adalah untuk, sekiranya syarikat yang anda hendak minta kerja tersebut ingin membuat pengesahan sama anda pernah bekerja di sana, atau pun betul ke anda pernah bekerja di situ. Jadi kalau boleh bagi nama yang boleh jawab tentang kebaikan diri anda..hehehe..

11. Salary

Anda boleh letakkan gaji semasa anda dan juga gaji yang hendak diminta. Pastikan anda tahu harga pasaran bagi jawatan tersebut, supaya anda tak tersilap demand gaji. Selain itu juga anda boleh letakkan (negotiate) maknanya gaji yang anda demand tersebut masih boleh di runding dan di pertimbangkan lagi. Anda juga tak perlu letak (negotiate) jika anda rasa diri anda memang berharga dan layak untuk gaji yang anda demand tersebut. Terpulang kepada anda.

Contoh resume yang saya kongsikan sesuai untuk semua jawatan, apa yang perlu anda lakukan hanyalah isi kandungannya sahaja supaya sesuai dengan jenis pekerjaan dan kelayakan anda. Gunalah template resume ini untuk pohon apa jua jenis pekerjaan.

Terlupa pula, untuk fresh graduate anda boleh masukkan aktiviti-aktiviti anda ketika di universiti, seperti jawatan dalam persatuan yang anda sertai, sukan yang anda main. Senaraikan semua aktiviti tersebut untuk menampakkan anda seorang yang aktif.

Tip-tips tambahan untuk menulis resume.

1. Pastikan semua maklumat yang anda berikan adalah benar dan tidak menipu.

2. Gunakan tulisan yang mudah di baca, jangan guna tulisan font yang mengarut-nagrut. Contoh font yang selalu digunakan ialah Tahoma, Arial, Verdana, Time new Roman.

3. Pastikan telefon yang anda sediakan sentiasa di buka.

4. Pastikan tiada kesalahan ejaan semasa menaip. Cek dulu sebelum print.

5. Gunakan bullet atau nombor untuk membuat senarai, jangan hanya letak dash sahaja.

6. Pastikan saiz font anda sesuai, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

7. Jangan letak perkara-perkara negatif dalam diri anda.

8. Jika anda menulis angka pastikan anda tulis nombor jangan tulis dalam perkataan. Jangan tulis sejuta tulis RM 1 Juta

9. Satu resume adalah untuk satu jenis pekerjaan dan satu syarikat sahaja, jangan hantar resume yang sama untuk syarikat yang lain.

10. Pastikan anda menulis alamat syarikat dengan betul semasa menghantar surat resume anda.

11. Tidak perlu letak perkara yang tak berkaitan seperti berapa adik beradik anda, anda suka makan apa, hobi masa lapang. Tak perlu semua tu.

12. Kalau boleh dapatkan seseorang untuk review resume anda terlebih dahulu sebelum anda hantar. Mungkin kita terlepas pandang dalam sesuatu perkara atau kesilapan semasa menaip.

13. Guna printer yang bagus.

14. Pastikan anda print menggunakan kertas putih sahaja.

15. Pastikan tiada warna selain daripada warna hitam dalam tulisan anda.

16. Jangan gunakan template resume yang fancy-fancy.

Ok…itu sahaja perkongsian saya pada kali ini tentang contoh resume yang mana mungkin ia bukan contoh resume yang terbaik tetapi resume tersebut sudah diguna pakai dan terbukti berjaya mendapat kerja. So anda boleh mula draft resume anda mengikut contoh resume yang saya tunjukkan. Resume tu saya pakai font verdana saiz 10.

Harap dengan sumbangan yang tak seberapa nie, dapat membantu anda yang sedang mencari-cari contoh resume untuk mencari kerja dan juga saya juga berharap anda dapat kerja idaman anda.

Contoh Resume | Contoh Resume Lengkap | Contoh Resume Bahasa Inggeris |

Incoming search terms:

  • contoh resume
  • contoh resume english
  • contoh resume lengkap
  • contoh resume bahasa inggeris
  • contoh resume fresh graduate
  • kelebihan diri dalam resume
  • contoh resume bahasa melayu
  • contoh resume kerja
  • cara membuat resume
  • contoh resume kerja swasta