Contoh Surat Akuan Bujang

Kepada sesiapa yang belum berkahwin anda kena siap sedia dengan surat nie iaitu surat akuan bujang. Kat sini saya share contoh surat akuan bujang yang simple dan mudah untuk di guna pakai. Contoh surat akuan bujang ini dah banyak digunakan oleh orang yang bujang bujang kat Malaysia nie.

Untuk contoh format surat rasmi sila klik sini | Contoh surat rasmi |

Untuk contoh surat akuan bujang di sini adalah lebih mudah, ringkas, simple dan saya akan share isi kandungannya sahaja, manakala format surat rasmi tersebut anda boleh klik link yang saya berikan di atas. Kalau tak nak ikut format tu pun takpe.

Kali ini saya akan kongsi contoh surat akuan bujang melalui ketua jabatan atau bos syarikat anda bekerja. Guna letter head opis anda lebih mudah. Contoh surat kat bawah nie. Street to the point…

Majlis Agama Islam Selangor (alamat penuh)

Tuan,

PER: SURAT AKUAN BUJANG

Adalah dengan ini diakui bahawa Sipulan Bin Sipulan Nombor Kad Pengenalan 8888888-88-8888 adalah seorang pekerja/kakitangan di syarikat/jabatan kami semenjak tahun 2011. Sepanjang pengetahuan dan mengikut rekod dalam simpanan kami, beliau adalah seorang yang berstatus bujang dan belum pernah berkahwin.

Surat akuan bujang ini hanya boleh diterima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.

Sekian terima kasih.

Yang Benar

Tandatangan dan Cop Ketua Jabatan/Bos Syarikat

Pesanan:

Kalau pihak syarikat atau jabatan anda ada fail khusus untuk buat surat akuan bujang nie, jangan lupa letak No Rujukan fail pada surat tersebut.

Incoming search terms:

  • contoh surat akuan bujang
  • contoh surat akuan bujang dari majikan
  • surat akuan bujang
  • surat pengesahan bujang
  • surat pengakuan bujang
  • contoh surat pengesahan bujang dari majikan
  • surat pengesahan bujang dari majikan
  • contoh surat pengakuan bujang
  • surat akuan bujang dari majikan
  • surat akuan bujang selangor