CONTOH SURAT RASMI

Pada kali ini saya akan kongsikan dengan anda satu contoh surat rasmi sebagai panduan anda untuk menulis surat. Contoh surat rasmi yang saya akan kongsikan kepada anda adalah contoh surat rasmi yang simple dan standard yang selalu digunakan oleh orang ramai untuk pelbagai tujuan. Last kali kita belajar tentang surat rasmi nie kalau tak salah saya adalah pada masa sekolah menengah, lepas tu dah tak ambil tahu dah. Kalau nak buatsurat rasmi baru nak search kat internet contoh contohsurat rasmi sebagai panduan kita.

Kat sini saya akan kongsikan satu contoh surat rasmi yang saya buat khas untuk dikongsikan di sini. Anda hanya perlu karang dan ubah format surat rasmi anda mengikut contoh surat rasmi yang saya berikan di bawah beserta penerangannya sekali.

Contoh Surat Rasmi

format surat rasmi

Contoh Surat Rasmi

Penerangan tentang contoh surat rasmi di atas mengikut nombor yer.

1. Nama dan Alamat

Pastikan anda isi nama dan alamat anda dengan betul tanpa sebarang kesalahan ejaan. Nama dan alamat mestilah di tulis disebelah kiri di bahagian atas surat. Setiap perkataan mestilah dimulakan dengan huruf besar pada setiap permulaan.

2. Garisan Melintang

Anda perlu letakkan garisan melintang untuk pisahkan antara alamat penghantar dengan alamat yang hendak diterima. Anda boleh jarakkan garisan tersebut dengan satu kali “enter”. Pastikan garisan anda tidak putus putus ok. Ini memang format surat rasmi. Perlukan satu garisan pada bahagian tersebut.

3. Nama dan alamat penerima.

Nama dan alamat penerima hendaklah di tulis di bawah garis melintang tersebut. Jarakkan degan garisan melintang dengan tekan “enter” satu kali untuk letakkan nama penerima.

4. Tarikh.

Ditulis di sebelah kanan sekali sebaris dengan perkataan akhir alamat penerima. Pastikan anda adjust kedudukan tarikh tersebut supaya selari dan sama dengan tulisan di bawah surat.

5. Panggilan hormat penerima

Ditulis dibawah alamat penerima jarakan dengan satu enter. Pastikan anda letakkan gelaran yang betul, kalau pangkat Datuk, letak Datuk, kalau Datin letak Datin. Contoh seperti Yang Berbahagia Datuk. Kalau tiada apa apa gelaran just letak Tuan atau Puan.

6. Perkara atau Tajuk atau Tujuan Surat

Ditulis selepas panggilan kehormat, jarakkan dengan satu enter. Pastikan anda letakkan huruf besar bagi setiap permulaan perkataan. Tajuk tersebut perlu di boldkan untuk membezakan dengan tulisan yang lain. Selain di boldkan anda juga boleh letak garisan kat tajuk tersebut.

Selain itu juga anda boleh juga menulis semua tajuk tersebut dengan huruf besar. Kepada anda. Tiada masalah rasanya. Surat-surat kerajaan banyak yang guna huruf besar dan di boldkan pada tajuknya.

7. Dengan segala hormatnya perkara atas adalah dirujuk

Ayat ini selalunya digunakan untuk menerangkan lagi tajuk surat tersebut. Kalau anda tak nak letak pon boleh, letak pon boleh.

8. Isi kandungan

Teruskan menulis pada perenggan pertama tanpa meletakkan nombor di ikuti dengan perenggan kedua dan seterusnya baru di letakkan nombor. Ayat yang digunakan mestilah bahasa baku dan formal tanpa menggunakan bahasa bahasa rojak dan singkatan kosa kata. Gunakan perkataan yang betul dan jelas bagi mudah penerima surat untuk membaca dan memahami isi kandungan surat rasmi anda.

Untuk perenggan kedua seperti contoh surat rasmi di atas, nombor 2 dan isi kandungan perenggan ke dua di renggangkan sedikit dengan jarak satu “Tab”.

9. Ayat Penutup

Ayat ini seperti untuk memohon atau merayu supaya permohonan anda di pertimbangkan dengan sebaik baiknya. Dalam contoh surat rasmi dia atas saya meletakkan “keprihatinan” maknanya kita memohon bersungguh sungguh kepada dia dengan penuh harapan. Anda juga boleh tukar ayat ayat lain seperti , kerjasama tuan di dahului dengan ucapan terima kasih, kerjasama daripada tuan hanya tuhan yang layak membalasnya, mohon pertimbangan pihak tuan sewajarnya dan bermacam macam lagi. Tapi jangan terlalu over ok.┬áSelepas daripada ayat tersebut aanda juga boleh sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih ataupun sekian terima kasih.

10. Yang Benar

Biasanya sebelum penghantar surat tandatangan, kebanyakkan orang akan letak perkataan “Yang Benar” kalau daripada individu. Kalau daripada organisasi pula selalu diaorang pakai “Saya yang menurut perintah”

11. Tandatangan

Akhir sekali anda letakkan tempat untuk anda tandatangan sebagai penghantar surat. Letakkan sedikit garis melintang, jangan panjang sangat, kemudian di bawah garis itu anda letakkan nama penuh anda. Anda juga boleh letakkan nombor telefon di bawah nama anda pada bahagian ini untuk memudahkan pihak penerima surat untuk menghubungi anda dengan lebih pantas.

Itu sahaja rasanya penerangan tentang format atau contoh surat rasmi yang biasa di buat kat Malaysia nie. Kalau berbeza sedikit, itu perkara biasa tapi jangan terlampau berbeza sehingga tak nampak macam surat rasmi pula. Bukan kita nak ambil periksa nak ambil markah tetapi apa yang penting ialah surat itu mencapai maksud seperti yang dikehendaki oleh penulis surat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda walaupun sedikit. Sekian dimaklumkan terima kasih.

 

Incoming search terms:

  • contoh surat rasmi
  • format surat rasmi
  • surat rasmi
  • contoh surat rasmi permohonan
  • cara buat surat rasmi
  • cara membuat surat rasmi
  • surat rasmi format
  • contoh surat kiriman rasmi
  • surat rasmi permohonan
  • surat kiriman rasmi