Ok semua..untuk kali ini saya akan teruskan dengan tutorial cara nak buat blog yang seterusnya. Kali ini saya akan tunjukkan kepada anda cara bagaimana nak buat blog baru dengan akaun yang sama. Untuk makluman anda anda boleh membuat banyak blog dengan hanya satu akaun sahaja, tak perlu daftar banyak akaun untuk membuat blog yang lain. Mungkin anda terfikir untuk meluaskan perniagaan anda dalam bidang yang lain pula. Jadi seeloknya satu barang di letakkan dalam satu blog yang lain.
Anda login ke akaun blogger.
Paparan dashboard anda akan muncul. Anda lihat di dalam gambar tersebut sudah di senaraikan blog saya yang pertama yang saya buat pada awal dahulu iaitu blog makjemah. Untuk blog yang baru anda hanya perlu klik “creat a blog” sperti di tunjukkan anak panah.
Proses yang seterusnya adalah proses yang sama seperti post yang lepas. Sila rujuk artikel ”Cara Mendaftar Blog“
Saya post kan terlebih awal perkara ini kerana banyak orang yang tak tahu dan terpaksa buat banyak akaun, jadi nanti susah untuk monitor. Lebih baik saya ingatkan lebih awal.
Lihat gambar di atas..paparan di dashboard saya menunjukkan 2 blog yang telah di hasilkan. Selamat mencuba.
Selepas ini saya akan menggunakan blog http://bagaimananakbuatblog.blogspot.com/ sebagai panduan untuk tutorial cara buat blog. Blog mak jemah tidak di gunakan lagi.
Pesanan…jika anda ingin membuat blog yang banyak, pastikan adalah untuk kebaikan.
Incoming search terms:
- cara nak edit video di fanpages
- cara buat blogger baru
- cara nak buat blog baru




