Untuk tambahkan lagi info di sini, saya akan buat tutorial bagaimana cara buat blog percuma dengan menggunakan blogger.com. Untuk buat blog dengan blogger.com terlebih dahulu anda mesti mempunyai email akaun gmail, sebabnya blogger.com adalah kepunyaan Google. Saya andaikan anda telah ada email gmail dan saya akan teruskan dengan tutorial yang pertama. Insyaallah saya akan cuba sampaikan maklumat dengan cara yang terbaik supaya anda mudah faham tentang bagaimana cara buat blog menggunakan blogger.com
Langkah pertama yang perlu di lakukan ialah mendaftar dengan www.blogger.com. Saya andaikan anda sudah mempunyai akaun email dengan gmail.
Setelah anda ke www.blogger.com, anda akan di minta untuk mendaftar. Masukkkan email dan password untuk sign in.
Selepas itu anda di minta untuk isikan form di atas.
1. Masukkan display name anda. Display name adalah nama yang akan di paparkan selepas setiap entry di postkan. Anda boleh masukkan apa-apa nama mengikut kesukaan anda. Nama sebenar, atau nama samaran, atau kalau tak tahu sangat boleh letak admin jer.
2. Kemudian klik term dan services untuk setuju.
3. Akhir sekali klik continue.
Ok dah berjaya untuk daftar dengan blogger.com..selepas ini kita akan ke tutorial seterusnya…untuk create blog.
Tutorial cara buat blog seterusnya Cara Mendaftar Blog
Incoming search terms:
- cara daftar blogger
- langkah seterusnya selepas mendaftar mof



