Cara membuat post di blog

Bersambung lagi untuk tutorial cara buat blog yang seterusnya. Anda dah berjaya mendaftar dengan blogger dan sudah mempunyai blog yang pertama. Untuk tutorial seterusnya saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara membuat post di blog. Saya akan merujuk kepada blog makjemah saya iaitu di http://makjemah.blogspot.com/ untuk rujukan kepada anda semua.


bagaimana membuat post yang pertama

Tulis perkara berkaitan dengan blog anda.

Masukkan Tajuk kemudian taip cerita anda seperti contoh di atas. Blogger juga mempunyai paparan yang lebih kurang sama dengan Microsoft Office Word iaitu untuk edit apa yang telah di taipkan seperti untuk bold tulisan, untuk warnakan tulisan dan sebagainya. Anda boleh nampak di bawah title seperi gambar di atas.

Untuk ruangan labels di bawah sebelah kanan tersebut adalah untuk anda masukkan kata kunci atau keyword yang berkaitan dengan post anda. Sebagai contoh mudah saya berikan, jika anda menulis tentang ubat jerawat..pada bahagian labels anda boleh masukkan kata kunci yang berkaitan dengan ubat jerawat seperti:

cara menghilangkan jerawat

cara ubati jerawat

ubat jerawat berkesan

Anda boleh masukkan kata kunci atau keyword-keyword yang berkaitan dengan artikel anda dan pastikan ianya relevan dan sesuai dengan tajuk dan isi kandungan artikel tersebut. Asingkan setiap kata kunci dengan koma.

Selepas selesai anda taip, anda boleh klik pada butang “Publish” untuk masukkan artikel tersebut ke dalam blog anda. Jika anda tidak mahu publish lagi, anda boleh save terlebih dahulu dan klik “view blog” untuk melihat bagaimana keadaan artikel anda sebelum di publishkan. Selain itu juga anda boleh klik “preview” untuk melihat paparan artikel anda sebelum di publishkan.

Setelah anda klik publish, paparan tersebut akan muncul. Kemudian klik “view post” untuk melihat hasilnya.

Sekian untuk kali ini…jumpa untuk tutorial cara bina blog yang seterusnya.

 

Incoming search terms:

  • cara buat posting di blog
  • cara membuat post berkotak di blog
  • cara membuat post di blog
  • cara post blog
  • cara post dekat blog