Cara mendaftar blog

Sambung kembali pada tutorial cara buat blog. Pada kali ini saya akan tunjukan cara mendaftar blog dan bagaimana memilih nama blog anda. Pilihan nama bergantung kepada anda. Apa sahaja nama yang hendak diletakkan terpulang kepada anda.

 

cara buat blog

Setelah anda sign up pada tutorial pertama tadi anda akan di bawa kehalaman ini. Anda klk “create your blog now”

 

mendaftar nama untuk blog

Seterusnya anda perlu isikan nama blog anda. Jika anda ingin membuat blog peribadi anda boleh letakkan nama anda atau nama samaran. Jika anda ingin buat blog untuk berniaga, anda boleh letakkan nama barangan anda. Contohnya “tudung online”, “kasut online” dan sebagainya.

Contoh gambar di atas saya masukkan nama peribadi mohadam sebagai nama blog saya kemudian klik “check availability” untuk lihat sama ada ianya boleh di daftarkan atau tidak. Kalau tidak boleh di daftarkan anda boleh letakkan dash antara nama tersebut.

So saya akan teruskan dengan nama lain. Untuk tutorial buat blog ini saya akan gunakan blog mak jemah ini sebagai rujukan untuk panduan semua.

 

tips memilih nama blog

Saya letakkan nama mak jemah dan ianya berjaya…orang tak pakai kot nama nie..Kemudian klik “continue”

 

cara memilih template blog

Selepas itu anda akan di minta untuk pilih template ataupun tema blog anda. Untuk pengetahuan anda tema ini boleh di tukar pada bila-bila masa. Jadi anda boleh pilih mana-mana terlebih dahulu kemudian boleh boleh tukar yang lain lepas ni. Klik “continue”.

 

blog dah berjaya di daftarkan

Okay, blog dah berjaya di daftarkan, untuk memulakan post anda klik “start blogging”…sambung untuk post seterusnya.

Tutorial cara buat blog seterunya Cara membuat post di blog.