Baju Raya – Beli atau Tempah

Hari Raya Aidlfitri datang lagi kepada kita tahun ini kalau umur panjang. Hari ini dah masuk 14 hari kita berpuasa, dah tak lama nak sambut raya. Bagaiamana dengan persiapan raya anda. Dah siap belum? Antara persiapan yang paling penting bagi kita semua semasa nak sambut raya antaranya ialah persiapan baju raya sama ada lelaki atau pun perempuan, muda tua, kecil besar. Semua orang mesti nak pakai baju raya lawa lawa masa aidilfitri nanti kan. So nak tanya baju raya nie beli atau tempah mana lebih anda suka.

Sebenarnya nak beli baju raya yang dah siap atau nak tempah bergantung kepada citarasa masing masing. Ada orang suka tempah baju raya mungkin sebab pentingkan cutting dan keselesaaan. Mungkin baju raya yang ditempah jahitannya cantik dan tahan lama bergantung kepada tukang jahit yang kita bayar tu. Kebanyakkan orang perempuan lah yang suka tempah baju raya nie sebab nak buat macam macam fesyen kadang kadang sampai 5-6 pasang baju raya diaorang. Raya sakan. Hari hari salin….Kalau nak tempah baju raya kena la awal awal setting masa nak buat baju tu, jangan nak tempah last minit nanti tukang jahit tak nak terima tempahan baju raya kita lak.

beli baju raya

Bagi yang suka membeli baju raya yang dah siap kat kedai atau butik mereka tak perlu fikir untuk beli kain ela untuk buat baju. Hanya perlu try kat kedai kalau sesuai boleh beli terus. Kadang kadang baju yang dah siap buat nie tak ikut cutting badan kita, bila pakai rasa tak puas. Apa pun bagi yang suka beli baju raya yang dah siap nie memang baju tersebut sesuai dan elok dengan badan mereka, jadi senang kerja tak perlu nak tempah. Baju raya yang dah siap di jual sekarang nie pun cantik dan up to date.

Harga baju raya sama ada tempah dengan beli siap terus mungkin berbeza lebih lebih lagi baju perempuan, sebab diaorang baju macam macam jenis. Tapi bagi lelaki baju raya nie sejenis saja, baju melayu. Kalau beli sekarang pun harga boleh sampai RM 100 – RM 200 lebih, itu kira harga sederhana la. Kalau yang murah lagi boleh beli kat pasaraya mydin atau giant RM 40 pon boleh dapat tapi kualiti kurang elok sikit. Kalau tempah pulak, last 3 week pergi tanya tukang jahit, harga upah saja RM 90, kain beli sendiri. Kain paling kurang 4 meter. Harga lebih kurang kurang sama jer kalau tempah dengan beli baju yang dah siap.

Citarasa masing masingkan, janji siap duit jer. Raya kali nie pakai baju raya tahun lepas rasanya sebab elok lagi.

Incoming search terms:

  • baju siap xperlu upah dan beli kain