Beli ebook tetapi macam beli sampah

Pernah tak anda membeli sebarang ebook di internet??? Jika pernah anda tentu dah biasa dapat ebook yang mana isi kandungannya tidaklah sejujur kata yang dijanjikan di dalam website ebook tersebut. Kita dah keluarkan banyak duit untuk membeli ebook mereka tetapi apa yang kita dapat hanyalah sampah ataupun isi kandungan yang boleh di dapati secara percuma sahaja di internet. Kenapa nak beli kan. Mereka mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menipu masyarakat di dalam talian untuk membuat duit. Memang tak patut langsung.

Dalam pengalaman saya membeli ebook ini, dah banyak kali saya rasakan ianya tidak berbaloi untuk di beli dan setimpal dengan harga yang di bayar. Kebanyakkannya produk tentang cara mencari duit di internet. Apabila kita membeli dari semasa ke semasa, saya dapati ianya merupakan langkah-langkah yang sama sahaja daripada dulu hingga kini. Sesetengah penjual ebook tidak jujur dan tidak jelaskan secara langsung di website mereka. 

Goyang kaki dapat duit, duduk rumah dapat duit, tak perlu kerja dapat duit, hanya klik dapat duit, login facebook dapat duit, tak perlu cari orang, tak perlu jual barang itu adalah antara kata-kata dan ayat-ayat yang mereka gunakan untuk menarik perhatian orang ramai terutama sekali masyarakat di malaysia. Masyarakat kita mudah terpengaruh dengan benda-benda yang menjanjikan harapan terutama sekali berkaitan dengan kewangan. 

Kadang-kadang isi kandungan ebook tersebut hanyalah teori semata-mata malah penjual itu sendiri pun tak dapat duit melalui apa yang di ceritakan dalam ebook tersebut tetapi hanya berlakon. Dia ingin mengajar orang buat duit dengan sesuatu cara yang dia langsung tak buat itu menipu namanya. Mencari keuntungan atas dasar menipu orang lain. Kadang-kadang tajuknya amat memikat, rahsia duit, rahsia ebook, tapi apabila kita beli sebenarnya ianya bukanlah lagi rahsia kerana seperti saya katakan tadi ianya boleh didapati daripada internet dengan percuma. Cuma anda kena rajin cari kat Google.

Namun tak di nafikan juga ada ebook yang bagus untuk di beli. Sebagai contoh ebook-ebook tentang tutorial untuk melakukan sesuatu perkara seperti untuk membuat website, untuk membuat produk DIY ternyata ianya memang bagus sebab tajuknya memang jelas. Contohnya jika ebook tersebut bertajuk Panduan Membuat Website Dengan WordPress maka ianya tidak ragu-ragu lagi tentang isi kandungannya. Jika kita nak buat website dengan guna worpress maka kita boleh membelinya tanpa rasa was-was. Selain itu ada juga ebook yang bagus di mana penjualnya berkongsi sesuatu yang lebih advance dan memang jarang-jarang orang tahu seperti tentang teknik-teknik pemasaran internet terutamanya. Kiranya memang berbaloi untuk membelinya.

Kepada anda yang masih baru dan ingin membeli sebarang ebook harap anda berwaspada dan teliti dahulu sebelum membuat pembelian. Saya tak nak anda jadi macam saya yang pada saya sesetengah ebook yang saya beli macam sampah isi kandungannya. Sama sahaja ebook tempatan dan ebook luar negara, banyak sekarang mereka asyik kerja nak scamming saja, hanya buat produk yang tiada kualiti kemudian nak jual mahal-mahal.

Kepada anda diluar sana sentiasalah berwaspada dengan perkara ini. Jangan rugikan duit anda untuk membeli sampah di internet.

Incoming search terms:

  • beli ebook
  • ebook sampah