Buku Senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah

 

Saya dah lama beli Buku Senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah di dunia nie. Buku ini di tulis oleh Micheal H.Hart harga RM 39.50. Buku ini telah menyenaraikan 100 orang yang yang paling berpengaruh di dalam dunia mengikut cacatan sejarah. Buku ini telah di susun mengikut mengikut jumlah peranan yang dilakukan oleh seseorang tokoh itu kepada umat manusia. Mereka yang terdapat dalam senarai didalam buku itu banyak merubah bentuk kehidupan di dunia ini. Ciri ciri tokoh yang di senaraikan adalah tokoh tokoh yang berjasa seperti dalam bidang politik, falsafah dan juga dalam bidang kajian sains yang banyak memberi manfaat kepada dunia ini.

Tokoh nombor 1 yang paling berpengaruh.

Kita sebagai umat Islam memang tidak akan terkejut jika Nabi Muhammad SAW di senaraikan sebagai tokoh nombor 1 yang paling berpengaruh dalam sejarah. Namun dalam buku ini jelas penulis menyatakan bahawa Nabi Muhammad diletakkan sebagai tokoh nombor 1 berpengaruh berbanding dengan Nabi Isa (Jesus) panggilan mereka. Lihat bagaimana seorang penulis yang bukan Islam boleh meletakkan Nabi Muhammad sebagai insan nombor 1 yang paling berpengaruh. Ini semua kerja Allah. Memang senarai tersebut mengejutkan dan menjadi tanda tanya bagi sesetengah pembaca yang bukan Islam.

Antara sebab utama Nabi Muhammad SAW diletakkan tokoh nombor 1 adalah kerana penulis melalui kajian beliau berpendapat bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang insan tunggal dalam sejarah yang telah mencapai kejayaan luar biasa dalam menegakkan syiar agama Islam kepada umat manusia secara keseluruhannya. Pengaruh ajaran Nabi Muhammad SAW masih kukuh dan teguh sehingga hari ini walaupun baginda telah wafat 13 abad yang silam. Bagaimana baginda boleh menjadi pemimipin yang unggul sedangkan baginda tidak tahu membaca dan menulis. Itulah bukti kekuasaan Allah dan kelebihan baginda.

Senarai 5 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia saya share kat sini, yang selebihnya anda kena beli buku nie.

1. Nabi Muhammad SAW

2. Isaac Newton

3. Nabi Isa A.S

4. Gautama Buddha pelopor agama Budhha

5. Confucius ahli falsafah China

Buku ini memang bagus untuk pengetahuan kita, setiap tokoh akan diceritakan tentang latar belakang mereka dan kisah kejayaan mereka di dalam bidang masing masing.

Incoming search terms:

  • tokoh ilmu tajwid di malaysia
  • tokoh yang banyak berjasa
  • senarai ahli falsafah di malaysia
  • buku sejarah polis
  • tokoh unggul dunia
  • tokoh tokoh yang berjasa
  • tokoh tokoh yang banyak berjasa
  • tokoh berjasa di malaysia
  • sifat seorang tokoh
  • senarai tokoh-tokoh yang berjasa di tanah melayu