Kebanyakkan daripada kita sebenarnya banyak idea di dalam pemikiran kita, tidak kira apa yang kita fikirkan, ianya tetap idea. Tetapi orang ramai masih mengatakan yang diri mereka tiada ada idea untuk menulis. Sama ada mereka tiada idea ataupun mereka tak tahu cara membuat blog. Sebenarnya apa yang hendak ditulis bergantung kepada diri kita sendiri, apa pun yang kita buat mestilah dengan tujuan yang betul. Kita perlu menulis dengan penuh minat, tidak perlu fikirkan apa yang orang katakana selepas membacanya diĀ blog kita.
Bagaimana nak dapat idea untuk menulis di blog?
Sebenarnya idea ada dimana-mana di sekeliling kita. Apa yang kita lihat setiap hari, apa yang kita baca setiap hari dan apa yang kita dengar setiap hari. Itulah sumber-sumber idea. Bacalah blog orang lain dahulu sebelum kiat mahu orang baca blog kita. Lihat apa yang mereka tulis di blog. Mungkin kita boleh dapat idea dari situ Mungkin kita tidak menyedari perkara-perkara tersebut. Begitu juga dengan rutin harian kita, apa pekerjaan kita, apa rutin harian yang kita lakukan.
Nak bagi contoh satu yang mudah kepada sesiapa pun untuk berfikir. Kita lihat pekerjaan kita. Setiap hari kita melakukan pekerjaan yang sama dan boleh dikatakan kita sudah expert ataupun pakar dalam selok belok pekerjaan kita. Kita ambil contoh, katakan anda seorang cikgu sekolah. Rutin harian anda hanya di sekolah, berdepan dengan pelajar yang ramai dan pelbagai ragam. Setiap hari tentu ada perkara-perkara yang menarik berlaku di sekolah, ceritakan aktiviti-aktiviti pelajar dan cikgu, apa yang anda suka tentang sekolah tu. Cerita dan kongsi secara umum dan ringkas di blog anda. Tentu menarik bukan.
Kalau kita seorang penganggur, ceritakan aktiviti harian kita, bangun pukul berapa, buat apa hari-hari tanpa bekerja. Kongsikan di blog, tentu menarik perhatian ramai dan mendapat respon yang banyak di ruangan komen.
Ada juga saya lihat sesetengah blog yang menulis balik apa yang terdapat dalam surat khabar pada setiap, bukan keseluruhan akhbar tapi mengambil kira topic-topik yang menarik. Kalau takde idea sangat anda boleh tiru cara tersebut just salin balik apa yang di tulis, kerja mudah dan tak perlu fikir banyak.
Sebenarnya terlalu banyak sangat perkara untuk ditulis jika kita mahu dan rajin. Tak perlu risau jika apa yang ingin kita tulis sudah banyak di tulis di internet. Walaupun perkara yang sama, kita tulis la dalam version kita sendiri, gaya susunan ayat tentunya berbeza antara satu sama lain walaupun topik yang sama. Jangan peduli sangat apa orang nak kata, janji kita buat perkara yang betul.
Itulah sedikit tips kepada mereka yang kekurangan idea untuk menulis yang boleh saya fikir untuk kongsikan di sini. Semoga dapat beri ilham kepada kita semua. Sedikit panduan daripada saya, kalau tak ada idea sangat, saya cadangkan kepada anda untuk membuat blog tentang mimpi anda setiap malam. Kongsikan mimpi anda di blog, dan pastikan anda juga kuat bermimpi-mimpi. Kadang-kadang kita nampak benda tu mengarut tetapi bila kita buat akan jadi sesuatu yang mendapat tumpuan.

