Pernah tak anda terfikir untuk mencari kereta untuk di sambung bayar. Saya juga dulu pernah terfikir untuk mencari kereta sambung bayar nie sebab tak payah nak buat pinjaman dengan bank sebab gaji sikit saja. Nak buat pinjaman kereta kan banyak prosuder, jadi kalau gaji memang tak lepas tu terpaksa la cari kereta sambung bayar nie. Saya pernah di tawar oleh seorang penjual kereta terpakai untuk sambung bayar kereta dia tapi, tak berminta dengan kereta tu. Dia offer kat saya tak perlu bayar apa duit permulaan terus sambung bayar kereta tu tiap tiap bulan saja. Baki tingggal dalam 3 tahun lebih kurang lagi.
Sebab apa dia offer kat saya, rupa rupanya sebelum nie dia pernah bagi kat kawan dia untuk sambung bayar kereta tu, tapi kawan dia buat leceh pulak, tak bayar banyak bulan dan nak bagi balik kat dia. Bank akan cari tuan asal sebab nama dalam geran kereta tak tukar lagi, just cakap mulut dengan percaya dengan kawan saja. Lepas tu kawan buat khianat pulak, tak bayar, bank asyik telefon tuntut hutang padahal orang lain yang guna kereta tu.
Mahu tak mahu terpaksa la dia sendiri pula yang bayar balik bayaran tertunggak tu, ini semua sebab percaya kat kawan kawan la cerita dia. Sebenarnya kita pun kesian kat kawan kawan nie sebab tu kita percaya dan bagi sambung bayar kereta tu, tapi diaorang pulak yang tak ingat jasa kita. Mereka fikir kereta tu bukan nama diaorang, dah tak lepas nak bagi balik kat kita, mana boleh macam tu, tak fikir kawan langsung.
Bila dah jadi macam tu mula la nak masam muka, dan dah tak nak tegur sapa lagi. Kita pun sakit hatikan bila kawan yang kita kesian dan percaya buat kita macam tu. Dah hilang sorang kawan baik. Kalau kita jenis bersabar banyak kira ok la, tapi bila jenis angin susah jugak kalau nak setel masalah macam tu. Lebih lebih lagi masalah yang melibatkan duit nie. Kadang kadang bukan setakat kawan kawan jer, malah adik beradik sendiri pon boleh bagi masalah dalam hal sambung bayar kereta nie.
Jadi untuk peringatan kita kalau nak bagi kawan atau kita sendiri nak cari kereta sambung bayar tu, harap dapat sediakan dokumen yang sah atau lagi bagus buat surat menyurat perjanjian dengan peguam untuk keselamatan kedua dua belah pihak. Kalau ada dokumen yang sah macam tu senang la nanti, bila dah habis bayar kereta tu boleh tukar nama dalam geran terus melalui peguam. Kalau tak buat macam tu, bila kita dah habis bayar, tup tup member kita nak ambil balik, kan jadi masalah kalau macam tu. Jadi hati hati ok dalam nak cari kereta sambung bayar nie, banyak kes dah berlaku.
Incoming search terms:
- contoh format surat perjanjian sambung bayar kereta
- contoh surat sambung bayar kereta
- bayar terus guna kereta
- format surat perjanjian jual beli kereta sambung bayar
- format surat sambung bayar kereta
- kereta bagi orang bayar
- kereta untuk sambung bayar
- peguam untuk buat perjanjian sambung bayar kereta
- surat menyurat jual beli kereta
- format perjanjian pinjaman kereta sambung bayar


